..sedang mencari..

Daisypath c.a.y solehah

Daisypath Friendship tickers
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-

Wednesday, December 7, 2016

alhamdulillah

perjalanan hidup, alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah

wlpun ada time turun dan naik..tapi itulah lumrah kehidupan..
syukur atas nikmat yang Allah berikan..selalu ikhlas dlm memberi khidmat..sabar atas ujian..selalu bersangka baik.. jangan cepat melatah..sentiasa fikir yang baik-baik..jaga hati..buat baik..semuanya kena positif

proses seterusnya..Ya Allah..Kau permudahkanlah urusanku

jadikanlah impianku cita-citaku satu kenyataan..ku mohon padaMu Ya Allah..tanpaMu, siapala ak

alhamdulilla

Alhamdulillah..Allah tak datangkan ujian tanpa hikmah di sebaliknya

Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan..setiap yang berlaku telah ditakdirkn oleh Allah..
Syukur, gembira, sedih, duka..itu semua perasaan yang dapat kita kawal..mind ur heart, u'll get what u wish

i never give up but still i'm a human..sometimes, lose control and make crazyyyyyy..feel like i want to mess everything, want to destroy, want to make a huge trouble..something that i never expected about it, cool and steady when i END it..



miss myself..

Saturday, November 19, 2016

keliru

when u got something in ur mind..but still u cannot make a choice..and still u have something that make u cannot choice it..but still the something that u need when u compare to the another choice..u still cannot make a choice..still it will make u trouble n crazy..like u are right now, be steady without a right choice is wrong and .....................

so, take ur lead for ur future..behave and don't forget to STILL smile

Thursday, November 17, 2016

::alhamdulillah::

ukhuwwah tak putus..syukur padaMu Ya Allah..

selalu ak fikir, orang yang tak ikhlas bersahabat, tak kan kekal lama..lama ak cuba cari, dimana silap ak dalam bersahabat, rpenya Allah mnculkan dia ssuai pada masanya..

ini yg dikatakan

Allah tak bagi apa yang kita hendak tetapi Allah pastikan yang kita dapat, itulah yang kita perlukan..so sweet ukhuwwah ni

usaha tak berhenti setakat ini..masih banyak yang perlu ak pelajari, mencari apa yg hilang..

p/s: klau silap niat tu dh lain dh, kekalkn niat kerana Allah..in everything, everywhere

Friday, November 11, 2016

::hargai diri::

assalamualaikum..lama tak mencoret dalam ni, sebab kembali semula jadi pelajar membuatkan kesibukan dulu terasa kembali malah lebih letih dari sebelum (mohon ditetapkan iman utk hambaMu inj Ya Allah)

based on the topic, saya merasakan saya kurang menghargai diri sejak beberapa dekad bulan yang lalu..saya pun tak menghargai apa yang saya ada..
time macam ni la segala bagai lagu jadi terngiyang2 kt telinga minta didendangkan..

entry kali ini bukan untuk mengeluh tapi nak naikkan semangat sendiri sebab aku tau yg blog ni dh lama terbengkalai, tak de orang tau kalau ak menggedik di sini..ok bai

Monday, March 14, 2016

..BOSAN vs ENJOY..

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

amik mood selepas siap kerja
menulis untuk menghilangkan bosan
menulis untuk mengurangkan bosan
menulis untuk menyekat rasa bosan
menulis untuk membuang rasa bosan
menulis untuk meluahkan rasa bosan
menulis untuk melahirkan rasa bosan
menulis untuk menunjukkan rasa bosan
menulis untuk menyerlahkan rasa bosan
menulis untuk menyatakan rasa bosan
menulis untuk menzahirkan rasa bosan
menulis untuk menambahkan rasa bosa
dengan
asbab yang tertentu tanpa visi n misi

hidup kalau ada bosan sahaja..bolehla slow2 call van jenazah
life ini seumpama bintang dan bulan
life ini seumpama malam dan siang
life ini seumpama perempuan dan lelaki
life ini seumpama gembira dan sedih
life ini seumpama sejuk dan panas
life ini seumpama tinggi dan rendah
life ini seumpama gemuk dan kurus
life ini seumpama cerdik dan b**oh
life ini seumpama cantik dan hodoh
life ini seumpama lirik dan lagu
tak dapat dipisahkan
jadi mengapa harus bosan sendirian
tak patut..
match marker kan dia dengan something
life ini seumpama bosan dan ENJOY
soooo, kite ENJOY, hahaha
sekian, terima kasih :))))



yang benar,
pengenjoy dunia akhirat
aktfkan hidup anda dengan ilmu :))


Wednesday, March 2, 2016

..gara-gara nasi LEmak..

assalamualaikum dan selamat tengahariiiiii..

hari ni permulaan agak slow selepas pekena nasi lemak kaw2 tadi..haha (mengantukkkknyaa)
oleh kerana nak jadi aktif semula, salah satu caranya adalah dengan online..dengan serta merta mata yang mengantuk akan terbuka (kalau tak caye, try la cuba) ; tapi kalau tak jadi tu, xyah la sampai nak saman menyaman (entah ape2 merapunya - maaf, ni adalah salah satu cara simpton apabila mamai+over nak online).

internet sangat lembab sekarang, ibarat siput sedut (kasihan kau siput jadi mangsa, haha). nak buka untuk study pun macam sengetttt je, sabarlahh duhai hati kerna ini semua cubaan :))

nak bagitau yang sekarang mood tengah positif..alhamdulillah, rasa lega sangat sebab semua kerja on time sekarang..walaupun terasa beban kerja yang banyak but atleast hati tak menderita sangat..hidup ini sangat indah tau kalau kau cuba mendalami dengan kehidupan yang sebenar. i hope semoga Allah jagakan hati ini dengan hidayah Nya dan tak palingkan aku dari perlindungan Nya..sebabnya manusia ni mudah berubah tau, aku tak nak jadi orang yang macamtu tapi MANUSIA..yes, aku manusia dan aku tak kan terlepas dari perubahan yang sedemikian..

cara aku menulis pun dah tak berapa nak betul sangat dah, banyak terabur dari tersusun..macamni??hahaha
aku kena kembali untuk banyak membaca dan menganalisis ayat2 yang betul, haha..for my FUTURE

doakan aku duhai hati

dari aku, si budak mengantuk
aisyah zainal

Tuesday, February 9, 2016

KEMBARA PERJUANGAN

2016 tahun mencabar..

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
kali ini entry mesti dalam bahasa formal ; sebabnya aku dah grad dari fakulti Bahasa dan Linguistik hampir setahun, hahaha..tapi nak buat macamne, baru arini aku berjaya buka semula blog aku yang dah nak tumbuh lumut bagai, hehe

konon je tu cakap nk buat entry dalam bahasa formal, last2 grammar aku terabur, nahu aku entah ke mane dan aku pakat hentam je perkataan yang aku nak tulis..ITULAH AKU
kalau aku baca blog aku ni pun aku konfius, sekejap aku..sekejap saya..sekejap ana..banyaknya aku bahasakn diri ni..ikut mod kot..sekarang mood AkU :P

ok..berbalik pada tajuk asal aku..aku dah habis cari pengalaman kerja, so..aku fikir nak sambung semula belajar selepas puas duduk bawah pemerintahan PM sekarang (sebab aku kerja bawah die kot)..hahahah
aku try la mitak UM tapi tak dapat :)))) sayang tapi syukur sebab tak dapat apa aku nak..ada hikmah
jadinya, permohonan aku untuk masuk UM ditolak pasal tak lulus syarat pendidikan, hahha..yela, aku kan fresh graduate, mane nak ade pengalaman banyak2..sebab aku dah bosan belajar Linguistik, so aku nak try course lain tapi UM tak nak kasi, still nak kasi Linguistik. So, aku dengan jayanya memilih Uni lain untuk memenuhi permintaan aku dalam dunia aku sendiri. aku try mitak UKM, Uni yang aku paling tak nak masuk dULU. sekarang ok je kot sebab aku dah pun nak masuk sane (17/2/2016) hahaha..chill betul la aku ni

aku start dengan misi baru dengan satu cita-cita baru. aku tak pernah fikir kot aku akan ada cita-cita macamni, penuh berkaliber. LAYAK @ TAK LAYAK tu semua belakang kire, first kena aim target tu dengan niat kerana Allah. oleh kerana aku dah pergi sejauh ni, aku tak nak la nanti tersekat separuh jalan (wanau'zubillahi minzalik). apa2 kerja nak buat, mesti ingat Allah supaya tak tersasar. jangan lupa juga mak ayah..my beloved parents ever and ever.

buat family aku, thanks VM..family aku terbaik
doakan aku ye :))

kembali dengan misi dan visi 2016
Aisyah, kau tunggu aku datang

Sunday, March 30, 2014

..motivasi diri..

assalamualaikum..
alhamdulillah wa syukurlillah ^__^

masih diberi ruh untuk hidup didunia ini, selepas mengalami mimpi-mimpi yang tak disangka (ada k mimpi disangka), hoho..btw, bukanla nak cari pasal mimpi ni..itula secret gua, haha..
ya pasti, mimpi ini saya harap jadi realiti, haha..just kidding :P

macam takde keje je kan, pagi-pagi dah mengadap blog ni, padahal punyelah bertimbun buku kat depan mata ni..alahai, nak je saya masukkan semua buku-buku ni dalam brain saya, dah tak payah buka belek faham cari maksud dan sebagainya..huhu, tula manusia bernama aisyah, keje nak mudah je (sebab tu asyik last minute nak siapkan keje), astagfirullah al'azim :((

pertamanya nak kongsi pasal hadiah untuk sem ni, saya dapat nombor satu buat karangan bahasa, sonye dpt pen yang memang diimpi2kan, haha..oleh kerana sem ni padat dah dengan subjek arab, sonye untuk subjek bahasa, saya pilih yang paling mudah la koT (bahasa IBAN)..dulu ingat mudah, rupenya lagi payah sebab bahasanya entahla, terlalu pelik untuk dicakapkan, haha..

kadang-kadang saya yang amik kos bahasa arab ni pun blur dengan subjek yang diamik ni..seriusss, terlalu banyak mende yang saya tak tau, haha..nasib badanla :(( cume sedih, sebab xsampai setahun dah nak habis belajar, kadang-kadang fikir jugap..(ape yang aku nak buat kat luar nanti, belajar pun main-main), aduhai aisyah, kenapalah engaku jadi begini..tp mostly syukur sangat la sebab saya ada peningkatan diri sendiri, hehe..jarang ni aisyah puji diri die sendiri :))

hajatnye sampai kat sini dulu, ade waktu nanti kite update lagi awak ye..xmoh sedih-sedih dah, awak dan saya kan adalah SATU (haha, entah ape-ape je aku bebelkan)

okbai, waalaikumussalam semua :))