..sedang mencari..

Daisypath c.a.y solehah

Daisypath Friendship tickers
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-
Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts
Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

..tangisan manusia didunia..

10 Jenis Tangisan di muka bumi ini yg perlu kita tahu:-

· Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

· Menangis kerana rasa takut.

· Menangis kerana cinta.

· Menangis kerana gembira.

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah.

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

· Menangis orang munafik-pura-pura menangis.


"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)


huhuhu..Air mata yang tidak dituntut dalam Islam:-


1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2. Janganlah menangis tonton filem hindustan, itu kan cuma lakonan.
3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan, mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan, sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Janganlah sia-siakan air mata anda. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt..nauzubillahiminzalik.. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat keampunanNya jua. Ameen

- wallahua’alam-




Friday, January 7, 2011

..petua untuk hati..

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

- wallahualam -


Wednesday, January 5, 2011

..MeMbeRi+aMaLaN PAhaLa..

ADAKAH KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN DIBAWAH..

DIALOG DIORANG..

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.

Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.

Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.

Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.

Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.

Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.

Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.

“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.

“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.

“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.

“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.

Menggeletar tangan si tukang kayu.

Hatinya ditaufan rasa sesal.

“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]

Sunday, November 21, 2010

..hEbAt on9..

Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.

Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.

Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.

“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”

“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.

“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.

Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.

“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”

“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.

“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.

Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.

“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”

“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.

“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.

Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.

Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.

Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,

“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”

Ketiga-tiganya menggeleng serentak.

Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.

Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.

Kita terkadang leka dan terlupa, bahawa ilmu yang kita ada ini hanya amat sedikit berbanding potensi jumlah ilmu yang ada di dunia ini. Dari satu perspektif, pakcik sampan itu “bodoh” atau “kurang bijak”, hanya pendayung sampan dan tahu berenang. Setidaknya, jika sampan itu karam (sebagaimana dalam kisah ini), dia dapat berenang.

Begitu juga dengan 3 budak itu. Ilmu mereka berguna tika berada di dalam keadaan ilmu itu boleh digunakan. Mungkin bagi budak pertama itu, ilmu itu “menyelamatkan” dia tika menghadapi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ilmu matematik. Ilmu budak kedua pula “menyelamatkan” dia ketika berhadapan dengan pesakit. Ilmu yang dimiliki budak ketiga pula berguna ketika membuat kaji selidik mahupun apa jua yang memerlukan pengetahuan sebegitu.

Pokok pangkalnya, ilmu itu berguna tika ianya diperlukan. Kerana itulah, janganlah ilmu kita setakat yang asas dan Fardhu ‘ain, yang Fardhu Kifayah juga diperlukan. Jika kita hendak memakmurkan bumi ini, selain menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, kedua ilmu duniawi dan ukhrawi diperlukan. Akan tetapi jangan takbur dan lupa diri, sudahlah! :)

Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah yang dinukilkan ini. Biarpun tidak disertakan dengan dalil naqli, setidaknya hikmah disebalik kisah ini kita ambil, teladani dan bertindak sewajarnya.

Wallahualam…

..pernah TAU tak???..


10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu> ayat..."

Saturday, November 6, 2010

..10 WASIAT HASAN AL-BANNA..

10 WASIAT HASAN AL-BANNA

1)Wahai Kawanku, Segeralah Tunaikan Solat Di Awal Waktu. Dikala Mendengar Azan Usahakanlah Sedaya Upaya, Ini Membuktikan Kesungguhan Anda. Di Situ Ada Sumber Kejayaan, Di Situ Ada Sumber Pertolongan, Di Situ Ada Sumber Taufiq. Perhatikanlah, Banyak Perintah Ayat Al-Quran Yang Dimulakan Dengan Menyebut Solat Di Awalnya. Perhatikanlah, Tuhan Mensyariatkan Solat, Juga Di Medan Perang, Walaupun Di Saat Genting Dan Cemas.

2)Wahai Kawanku, Bacalah Al-Quran Dan Cubalah Memerhati Mesejnya. Selalulah Berzikir Dan Mencari Ilmu Walaupun Sedikit. Kurangilah Dengan Masa Yang Tidak Bertujuan. Sesungguhnya Al-Quran Adalah Sumber Asli Lautan Ilmu, Sumber Hidayah Kepada Anda Dan Saya. Bacalah Al-Quran, Kelak Ia Akan Memberi Syafaat. Sentiasalah Membaca, Menghafal Dan Cuba Hayati Mese...j Arahannya. Selalu Berzikir, Berzikir Dan Terus Berzikir!!! Di Sini Ada Ketenteraman, Di Sini Ada Kedamaian, Di Sini Ada Kesejahteraan. Jadilah Hamba Yang Sejahtera.

3)Wahai Kawanku, Dorongkanlah Diri Untuk Menguasai Bahasa Al-Quran. Mulakan Dulu Walaupun Sepatah Perkataan. Sebenarnya Anda Telah Lama Bermula, Iaitu Sejak Anda Solat Setiap Hari. Sebut Dahulu Walaupun Tak Faham. Antara Mala Petaka Pertama Menimpa Umat Kita Ialah Kecuaian Menguasai Bahasa Agamanya, Juga Mengutamakan Bahasa Pasar. Ayuh!!! Apa Tunggu Lagi??? Bukalah Ruang Walaupun Seminit!!!

4)Wahai Kawanku, Usahlah Bertarung Idea Tanpa Adabnya!!! Berdebatlah Jika Kiranya Ia Membuahkan Kebaikan. Awasilah Pertengkaran, Kerana Di Sana Ada Unsur Lain Yang Membisikkan; Syaitan Namanya!!!

5)Wahai Kawanku, Senyumlah Selalu, Tapi Bersederhanalah Dalam Ketawa!!! Rasulullah S. A. W Adalah Yang Paling Banyak Senyum. Beliau Ketawa Kena Pada Tempatnya Tapi Berpada-Pada Sahaja. Wahai Kawan, Plato Juga Berharap Agar Pementasan Hiburan Yang Tidak Bermutu Dan Terlalu Banyak Ketawa Bodoh Hanya Disaksikan Oleh Golongan Abdi Dan Orang Upahan Asing! Begitu Juga Aristotle Berpendapat Supaya Golongan Belia Ditegah Daripada Menyaksikan Hiburan-Hiburan Yang Membolehkan Perbuatan Ketawa Berlebih-Lebihan, Supaya Tidak Menular Keburukan Dalam Diri!!!

6)Wahai Kawanku, Seriuslah Selalu Dan Berguraulah Berpatutan. Tanpa Serius, Hilanglah Kesungguhan!!! Tanpa Bergurau, Tawarlah Kehidupan. Kata Seorang Penyair: Berikan Kerehatan Pada Jiwamu Yang Sibuk Berfikir Dengan Mengubatinya Dengan Bergurau, Tapi Kalau Mengubatinya Dengan Bergurau, Mestilah Ada Batasnya, Seperti Engkau Memasukkan Garam Ke Dalam Gulai.

7)Wahai Kawanku, Kawallah Nada Suaramu Setakat Yang Diperlukan Oleh Pendengar Di Depanmu. Janganlah Jadi Seperti Orang Bodoh, Bahkan Menyakit Hati Orang Lain Pula!!! Luqman El-Hakim Juga Mencela Orang Yang Tidak Pandai Menjaga Nada Suara Pada Tempatnya. Katanya, Itulah Suara Keldai!!! Surah Al-Isra' Memberi Tip Kepada Kita; Jangan Keraskan Suaramu Dalam Solat, Tapi Jangan Pula Merendahkannya. Carilah Jalan Tengah Di Antara Keduanya.

8)Wahai Kawanku, Usahlah Umpat Mengumpat. Usahlah Merendah-Rendahkan Pertubuhan Lain. Bercakaplah Jika Ada Unsur Kebajikan. Ayuh, Hindarilah Mengumpat! Jangan Sesekali Mencabuli Jemaah-Jemaah Lain!!! Perkatakanlah Kebaikan Demi Kebajikan Bersama. Sukakah Anda Memakan Daging? Pasti Anda Suka!! Tapi Sukakah Anda Memakan Daging Kawan Anda Yang Telah Mati?? Sememangnya Tidak!!! Begitulah Dosa Orang Yang Mengumpat. Bertaubatlah Jika Anda Mengumpat. Tapi Mesti Minta Ampun Terhadap Orang Umpatanmu Bersama!!! Boleh Mengumpat, Apabila Ada Tujuan Syarie.
* Untuk Menuntut Keadilan Apabila Dizalimi
* Untuk Menghapuskan Kemungkaran
* Kerana Memberi Amaran Kepada Muslim Tentang Kejahatan
* Kerana Mengisytiharkan Kefasikan Dan Kejahatan.

9)Wahai Kawanku, Luaskanlah Interaksimu Dengan Umat Manusia, Sekalipun Mereka Tidak Diminta Berbuat Demikian!!! Salam Kasih Sayang Adalah Untuk Semua, Salam Kemesraan Adalah Untuk Sejagat. Hulurkanlah, Hulurkanlah Salam Perkenalan...!! Lihatlah Pensyariatan Ibadah Haji. Pelbagai Bangsa Datang Berkunjung, Pelbagai Lapisan Datang Berkunjung, Pelbagai Darjat Datang Berkunjung, Sama-Sama Menjunjung Obor Suci. Tidak Mengenali Tapi Tidak Sepi.

10)Wahai Kawanku, Maksimumkanlah Faedah Waktu Anda Dan Tolonglah Orang Lain Supaya Manfaatkan Masa. Hadkanlah Masa Penunaiannya. Biasakan Hidup Berjadual Di Hadapan. Bijaksanakanlah Menggunakan Waktu Anda! Bersegeralah, Kerana Sabda Nabi S. A. W Bermaksud: "Bertindak Segeralah Melakukan Amal..." (Diulang 7 Kali..), Sayanglah Masa Saudaramu!!! Hormatilah Waktu Mereka!!! Usahlah Berbicara Meleret-Leret Tanpa Haluan Dan Noktahnya..

Monday, November 1, 2010

7 Tips Untuk Berjaya Dalam Hidup


(Gambar drpd Google Image)

Semua orang impikan kejayaan dalam setiap apa perkara yang dilakukan sekalipun. Tiada siapa dalam dunia ni yang inginkan kegagalan dalam hidup kerana manusia hidup harus mempunyai matlamat. Entri kali ini mahu mengajak semua untuk berusaha kenali diri dan bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik demi mencapai matlamat hidup masing-masing:

  1. Niat biar jelas – Jangan sesekali anda melakukan sesuatu berdasarkan niat yang tidak baik. Anda harus yakin, kenapa anda ingin lakukan sesuatu. Bagi orang Islam sudah semestinya disandarkan kepada Allah SWT kerana setiap sesuatu niat yang baik adalah hasil pertolongan-Nya.
  2. Cuba kenali diri - Jika kita renungkan, sudah berapa lama kita hidup di dunia ini…kenalkah anda pada diri anda sendiri? Kita mungkin mudah mengenali orang lain dengan mengkritik setiap kesalahannya tetapi kita tidak pernah selidik tentang kelemahan kita atau muhasabah diri. Setiap manusia mempunyai kelebihan yang luar biasa yang Allah kurniakan. Tidak kurang pula kelemahan yang wujud dalam diri sebagai hamba yang sama bagi setiap manusia tidak kira kaya ataupun miskin.
  3. Tetapkan matlamat hidup – Rata-rata manusia kini mudah berubah pendiriannya dalam mengendalikan matlamat hidupnya terutama apabila dilanda pelbagai masalah. Tidak ada kejayaan tanpa ujian dan itulah nikmat bagi kejayaan apabila kita berjaya mengharunginya.
  4. Buka minda dan hilangkan persepsi yang negatif – Jangan sesekali kita mudah patah semangat dan menganggap semua kejadian yang tidak diingini sebagai takdir yang tidak baik sebaliknya, terus memotivasikan diri kerana setiap kejadian ada hikmahnya.
  5. Buangkan kata-kata negatif - Bersifat positif dalam setiap perbuatan termasuk percakapan yang mampu mendorong ke arah kejayaan. Didik diri kita melalui kata-kata peransang yang mampu membangkitkan aura dalaman kita.
  6. Pedulikan apa kata orang lain – Perlu diingat bahawa, kita bertanggungjawab secara mutlak atas diri kita dan bukan orang lain. Untuk apa kita terpengaruh dengan pandangan orang lain kerana mereka tidak berhak menentukan kejayaan kita sebaliknya kita yang mencorakkan setiap perjalanan hidup kita.
  7. Menteladani kisah-kisah orang yang telah berjaya – Ini adalah sebagai salah satu sumber inspirasi bagi diri kerana kebanyakkan manusia lebih gemar untuk menjadikan pengalaman hidup orang yang berjaya sebagai panduan bagi hidup mereka walaupun berbeza dari segi bagaimana mendapatkan kejayaan tersebut.

Sekian
.

Thursday, September 9, 2010

..kEtAwA vS mEnAnGiS..


" Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis "


An-Najm ; 43



Kadang-kadang kita suka gembira,
lalu kita ketawa.

Kadang-kadang kita berduka sedih,
lalu kita menangis.

Namun, kedua-duanya adalah nikmat kurniaanNya
Bersyukurlah kita kerana masih mampu ketawa dan menangis.

Tetapi ingatlah...
ketawa dan menangislah seadanya....

Jika kita terlalu banyak ketawa, pasti kita juga akan banyak menangis,
lantas bersederhanalah, kerana itu yang terbaik!


"::Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan skadar KETAWA, dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA::"

nurkilan saudari seislamku..

Wednesday, June 9, 2010

Bila hati berbicara..

Perkongsian Hati

Terasa ingin berkongsi satu kata2 yang amat terkesan dihati. Ditujukan buat hati ini dan hati sahabat2 yang ingin mencari sesuatu utk di isi… Ucapan ibnu Aithaillah:

ربما فتح لك باب الطاعة وما فتح لك باب القبول. وربما قدّر عليك المعصية فكانت سببا في الوصول. معصية اورثت ذلاّ وانكسار خير من طاعة اورثت عجبا واستكبارا

(( Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat dan tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Kadang-kadang ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, Tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai kearah kebaikan. Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah dan menyesal lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takabbur dan angkuh.))

Ana kira kata2 di atas boleh kita aplikasikan bagi mereka yang sedang mencari pintu taubat, dan bukannya menjadi penyebab untuk melakukan maksiat. Pintu rahmat dan taubat Allah itu sentiasa terbuka bagi hamba-hambanya.

Setiap perkara yang terjadi itu sentiasa ada ibrah disebaliknya dan memang benarlah allah tidak pernah menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia2. Di sisi Allah itu semuanya baik baik dan tinggal kita sahaja mentafsirkan bagaimana caranya.. Semoga bermanfaat bagi diri ini dan buat sahabat2 yang lain.

~Cukup bagiku Allah~

Sumber : Arikah Sadon (sahabat ana)

* Pandangan ana, jalan sudah terhidang dihadapan mata… terpulang pada diri kita sendiri untuk memilih untuk melangkahkan kaki kearah mana… Antara syurga dan neraka… antara dosa dan pahala… antara kebaikan dan keburukan… antara dunia dan akhirat…

“Allah menurunkan ujian sesuai dengan kemampuan hambanya…”

hanya manusia yang beralasan bahawa Allah yang mentakdirkan aku begini dan begini… begitu dan begitu… dengan melemparkan penyebab dosa yang telah mereka lakukan kepada Rabbul Jalil… lalu menyalahkan takdir…

Sesuai dengan keperluan hambaNya, Dia menghantar ujian untuk mematangkan kita… Tak dinafikan, kadang-kadang kita memang keliru… Segala persoalan dibenak fikiran membuatkan kita tertanya-tanya… Dan sudah pastilah Allah lebih tahu jawapanNya… Dia tahu bila masa yang sesuai untuk hambaNya dapatkan jawapan dan hikmah disebalik ujian yang diberikanNya… Kita hanya perlu sabar, dan husnu zhon (bersangka baik) terhadap percaturanNya…

Lebih baik lagi jika kita berfikiran seperti :

“Pandanglah susah dan senang itu ujian…Dimana Allah sedang ‘berbicara’ dngan hambaNya…Nescaya, kita akan rasa nikmatnya redha dan percaya sepenuhnya terhadap Rabbuna wa Rabbu Abaa Ikum…”

Tepuk dada, tanya hati… tepuk hati, tanya iman…

Wallahualam…