..sedang mencari..

Daisypath c.a.y solehah

Daisypath Friendship tickers
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-
Showing posts with label pengingatan. Show all posts
Showing posts with label pengingatan. Show all posts

Monday, January 28, 2013

..terdiam sejenak..

16 RabiulAwal 1434 H bersamaan
28 Januari 2013..

semakin meningkat tahun, 
semakin meningkat umurku,
semakin dekatku dengan kematian..

sebagaimana yang diketahui umum..
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL baru sahaja disambut meriah oleh warga Malaysia
tetapi..aku terdiam sejenak (duduk rumah je)..
berapa ramai yang menyambut dan mengaplikasikan SUNNAH baginda dalam kehidupan
memanglah cakap senang dan nak buatnya susah..
TETAPI..
kite BOLEH kalau kite nak 
TETAPI..
ade je yang menghalang keinginan kite untuk jadi lebih baik..

terdian sejenak..
.
.
.
.
.
pernah tak terfikir tentang akibat perbuatan kita sekarang..
kemana hala tuju kita selepas ni..
(SYURGA or NERAKA) 
amalkan sedikit tapi berterusan daripada
amal secara banyak selalu tapi sekejap :(


Imam as-Syahid Hasan al-Banna "Wahai saudaraku, boleh jadi sebaik-baik waktu bermunajat, berbisik-bisik dengan Allah S.W.T iaitu waktu bersunyi-sunyi dengan Tuhanmu, waktu kebanyakan manusia tidur dengan nyenyak dan alam seluruhnya menjadi sepi. Jika malam melabuhkan tirainya dan bintang-bintang telah ghaib lalu menghadirkan hati di hadapan Allah S.W.T dan mengingat Tuhan serta membandingkan kelemahan  diri dengan kebesaran Tuhan, lalu bermesra ke hadratNya dan tenanglah hati dengan mengingatiNya, bergembira denganNya, bergembira dengan rahmat kurniaanNya."

jom kita berzikir dan beristighfar..
santaikan kehidupan dengan ISLAM

p/s: berbicara menggunakan akal fikiran lebih mantap isinya daripada berbicara menggunakan lidah yang tak bertulang..^___________^


..peace no war..

Sunday, November 6, 2011

..salam eiduladha..

ASSALAMUALAIKUM..:)
alhamdulillah wasyukurlillah atas segala nikmat yang terhingga, mohon agar diletakkan dalam golongan yang sedikit(golongan orang yang bersyukur)..tapi, kadang2 manusia ni xtahu diuntung sehingga kadang2 kita terase nikmat yang Allah bagi tu tak cukup untuk kita jalani kehidupan..
begitulah fitrah manusia yang sebenarnya..masa 24 jam, terlalu cukup untuk seseorang itu buat pelbagai kerje tapi disebabkan terdapat halangan2 yang kita sendiri cipta untuk membuntutkan pekerjaan kita sendiri, maka terlintaslah dihati kita bahawa 24 jam ni xcukup untuk diri kita..alangkah pendeknye akal kita, huhu..saya mengatakan sebegitu kerana saya pernah mengeluh n mendengar keluhan orang disekeliling, huhu:(..moga kita sesali semua kesilapan n mohon doa n keberkatan hidup dari Allah s.w.t..:)
sedikit pengisian untuk bulan zulhijjah..:)
sebagaimana yang kita tau..
BULAN ZULHIJJAH..
merupakan bulan hari raya korban..
jadi, kita tonton video korban tahu lepas er, hehe..
jom layan jap..:)


disamping tu..kena ngat takbir raya..
amalan yang dituntut..:)
youtube, buke sendiri er..
boleh pilih nak yang mane, hehe..
ni yang kat makkah..
hayatilah sebuah pengorbanan..
klu boleh, sirah2 pasal nabi ni biarlah khatam dalam dada..
nanti klu ada yang tanye, kenapa korban dibuat??..
kita sudah tersedia dengan jawapan2 kita berdasarkan dalil2..:)
insyaAllah, same2lah kita muhasabah diri..:)
SaLaM EiDuLaDhA 1432H..
BUAT SEMUA MUSLIMAT N MUSLIMIN..
WALAU DIMANA ANDA BERADA..
INGATLAH GANJARAN ALLAH TETAP SAMA..:)

Monday, February 14, 2011

..selembar bulu mata..

..........................................................

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Monday, February 7, 2011

Tragedi Malam 14

"Sayang, esok jom keluar," kata Faisal kepada Hani, teman wanitanya menerusi telefon bimbit.

"Ok darl, I on je," jawab Hani manja. "Kita jumpa di tempat biasa ya", sambungnya lagi.

"Ok, see you esok. Bye," kata Faisal sebelum menamatkan panggilan.


Malam itu, Faisal tidak dapat melelapkan mata dek kerana tidak sabar lagi untuk berjumpa Hani. Badannya di dibalikkan ke kiri, tidak dapat tidur, ke kanan, pun tidak dapat tidur.


"Lamanya esok," bisiknya sendiri.


Akhirnya hampir jam 4 pagi, barulah Faisal dapat melelapkan matanya. Itupun selepas menyumbat earphone di telinga bertemankan lagu Suraya nyanyian Indigo.


----------------


Faisal hanya terjaga pada pukul 12.25 tengahari itupun selepas dikejutkan dengan panggilan rindu dari Hani. Faisal bangun dan membelek skrin telefon bimbitnya. Ada satu mesej, dari emaknya di kampung.


"Salam, jangan lupa bangun subuh"


Mesej ringkas itu tertera di skrin telefon bimbitnya. Dihantar pada jam 6.12 pagi. Faisal tidak membalas mesej emaknya.


"Alah orang tua ni, solat je pun. Tak buat pun tak apa,"
ngomelnya sebelum melangkah ke bilik mandi.


Seusai mandi, Faisal bersiap-siap untuk keluar bertemu Hani. Minyak wangi Fantasia disembur ke bajunya."Nak kena jumpa awek, mesti la cantik-cantik,"bisiknya perlahan. Setelah siap semua, barulah Faisal melangkah keluar dari rumah sewanya dan memecut ke rumah Hani. Hani menyambutnya dengan senyuman mesra di pagar rumahnya. Hani nampak elegan dengan pakaiannya yang ketat dan menarik mata lelaki.


"Wow, you are so elegant with that kind of dress!"
kata Faisal dengan mata yang terbeliak. Sambil itu, dia melangkah keluar untuk menjemput Hani masuk ke kereta.


"Haha, thanks darl. Untuk you jugak kan,"
kata Hani sambil melabuhkan punggungnya di seat depan.


"So, where we are going to go?"
tanya Faisal.

"Sekarang baru jam 3.30 petang. Jom main boling dulu di Midvalley," kata Hani.

"Jom,"
jawab Faisal.


--------------


Lewat jam 8 malam, barulah Faisal dan Hani tamat bermain boling dan membeli belah di Midvalley. Mereka duduk berehat di kerusi berdekatan dengan kedai kasut Bata.


"Alah, I lupa nak beli something la sayang. Di Guardian,"
kata Faisal.

"Eh? Apa dia Darl?"
tanya Hani.

"Alaa, benda tu lah. Untuk kegunaan malam ni,"
kata Faisal tersipu-sipu malu.

"Oh ya. Baru I ingat. Dah, dah. Cepat pergi beli. Cepat!" arah Hani.


Terkedek-kedek Faisal menuju ke Guardian lalu mencapai kotak yang bertulis Durex. Faisal kemudiannya berlalu menuju ke tempat duduknya sebentar tadi. Mereka berborak-borak dan bergurau senda sementara menantikan tibanya tengah malam. Lebih kurang jam 11.30 malam, mereka mula bergerak menuju ke kereta.


"Aha~ mari I bawak you ke tempat baik punya. I gerenti tak ada orang tahu. Entah-entah Tuhan pun tak tahu,"
kata Faisal sambil ketawa berdekah-dekah.


"Ah you ni. Buat suspen I je. Bawak je lah I pergi mana-mana pun. I tak kisah," jawab Hani manja.


'I dah tak sabar ni, nampak gayanya I kena pecut lebih sikit malam ni,"
kata Faisal.


"Suka hati you lah,"
jawab Hani.


Langit pada malam itu mendung, tidak ada sebutir bintang pun di langit. Hanya gelap menghiasi langit malam. Kereta proton wira berwarna biru metallic milik Faisal dipecut laju membelah jalan raya. Dalam perjalanan itu tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya.


"Ish, hujan pulak dah. Ni yang tak best ni,"
ngomel Hani.


"Laa, hujan-hujan ni la yang best untuk....."
Faisal tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Kereta yang dipandu Faisal bertembung dengan sebuah kereta pacuan 4 roda. Kereta yang dipandu Faisal berpusing dua tiga kali sebelum terbalik di simpang menuju ke sebuah kawasan perkelahan. Lebih menyayatkan hati, Faisal terpelanting keluar dari kereta dan dilanggar pula oleh beberapa buah kenderaan lain yang kebetulan lalu di tempat yang sama. Keadaan sunyi seketika. Dua tiga buah kereta mula berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan.


15 minit kemudian, siren ambulans mula kedengaran. Paramedik bergegas membantu Faisal yang sudah tidak bernyawa itu. Mayatnya hampir hancur digilis sementara Hani disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan. Walaubagaimanapun, pemandu pacuan 4 roda hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sebagai pesakit luar. Menurut saksi, serpihan cermin kereta yang pecah menikam tepat ke dada Hani. Jenazah kedua-dua mangsa di bawa ke hospital untuk dibedah siasat.


Keesokan harinya, akhbar utama menyiarkan berita kematian kedua mangsa ini dengan headline "Tragedi Malam Valentine".

>>>>>>>>>>>cerite ni saye ambik dari blog murabbi..sungguh sayu jika cerite ni dihayati dan diambil pengajaran..moga diri kite dihindar dari segala dosa yang sia-sia, same2 muhasabah diri..
JANGAN LIBATKAN DIRI DENGAN VALENTINE'S DAY..

Sunday, January 23, 2011

..salam tazkirah..




Selalu jugak dok dengaq kes macam nih. Bila kena tegoq ja kata, "Macam la hang tu baguih sangat". Ada jugak yang suka jawab, "Alaaa... kuboq masing-masing".

Walau seburuk manapun orang yang menegoq kita, kalau dia cakap benda yang betoi, kita ikut. Kalau dia cakap benda salah, kita pebetoi balik dia tu.

Sekurang2nya, bila kita buat baik tu, kita dapat pahala, orang yang suruh tu pun dapat pahala.









Friday, December 31, 2010

..jika SAyangKAn aGAma..

message dari sahabat seperjuangan..
renungan bersama..

PERHATIAN WAHAI UMAT ISLAM..
Bile sampai 31 Disembar..
berape ramaikah yang bersedia meraikan TAHUN BARU??
tetapi, sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh..
1)sheikh al Azhar
2)sheikh tantawi
3)sheikh yusof al Qordawi
4)ulama'2 sekutunye
bahawa menyambut TAHUN BARU bererti
menyambut ulangtahun hari jadi
tuhan yahudi n kristian..
bagi mereka yang tidak tahu,
hukumnye fasik(dosa besar)..
tetapi
bagi mereka yang tahu
hukumnye MURTAD..
jadi, fikir2kanlah!!
sebarkan kepada saudara seislam anda..
sebarkannye semampu yang mungkin..
we love ISLAM..

Friday, November 26, 2010

..sEbELum..

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Monday, November 22, 2010

pedihnye AzAb ALLAH..




1. Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya.

2. Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat.

3. Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli.

4. Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa.

5. Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu.

6. Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi.

7. Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina.

8. Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwarna biru kotor, perut dipenuhi api kerana makan harta anak yatim.

9. Ada yang dibangkit di akhirat dengan keadaan badan penuh kudis, sopak dan kurap kerana mendurhakai ibu bapa.

10. Ada yang bermata dan bergigi seperti tanduk lembu, bibir melepasi paras dada serta lidah terjulur, mulut keluarkan benda kotor sebab suka minum arak.

11. Api neraka dinyalakan 1000 tahun hingga jadi merah, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi putih, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi hitam.

12. Jika orang yang dalam neraka jahanam atau ahlinya dikeluarkan tangannya sahaja nescaya dunia akan terbakar kerana panasnya.13. Ahli neraka diazab dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati bertempik kesakitan

14. Api neraka memakan muka-muka ahli neraka hingga muka mereka tidak berdaging.

15. Badan ahli neraka dibesarkan, gigi mereka sebesar bukit uhud, kulit mereka setebal 3 hari perjalanan, dan punggung mereka selebar Mekah ke Madinah.

16. Makanan dalam neraka adalah darah, nanah, air tembaga, minyak mendidih, buah zakkum berduri seperti kepala syaitan tersumbat dikerongkong meletup dan membakar.

17. Pakaian ahli neraka baju daripada api neraka dan disiram di kepala dan badan dengan air mendidih serta air lelehan tembaga dan tar.

18. Neraka jahim seksanya dituang air mendidih di kepala hingga tembus perut meleleh keluar dari tapak kaki.

19. Seringan-ringan siksa manusia diazab ialah seorang itu dipakaikan sepasang kasut daripada api neraka , mendidih otaknya sebagaimana mendidih air dalam periuk.

20. Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli , bisu dan pekak.

21. Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.

22. Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata. Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung.

23. Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.

24. Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat.

25. Bahan baker api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.

26. Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan.

27.Api dunia yang membakar adalah se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.

28. Neraka bernafas dua kali setahun , di musim dingin dan panas, itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas.

29. Orang-orang yang ego dan sombong di dunia nanti di akhirat nanti akan dipijak oleh manusia sebagaimana manusia terpijak semut.

30. Orang yang memiliki harta-harta serta binatang seperti kambing dan lembu, kalau tidak membayar zakat, harta dan binatang ini akan datang dalam bentuk gergasi menghempap dan memijaknya

Setelah kita kenali azab yang begitu menggerunkan, apakah kita terdaya untuk menempuhinya...Insaflah, ayuh kita kemabali kepangkuan Allah dengan menunaikan segala perintahNYA dengan bersungguh-sungguh...

Friday, September 17, 2010

"Iman nie umpama sebuah pokok,., kalau nak pokok tuh tumbuh subur,., kenalah siram air sentiasa, make sure dapat sunlight yang cukup, letakkan baja selalu and jgn lupe untuk cabut rumput/lalang2 yang ade kat sekeliling,.,

air= ibadah dan kewajipan kite sebagai seorang muslim [main component]
sunlight=Al-Quran [penerang hati yang paling trg sekali!!]
baja=Zikrullah, Doa n Ibadah2 sunat,.,

tapi,., yang ana nak stress or tekankan lebih hari nie adelah tentang rumput/lalang2 yang ade kat sekeliling pokok keimanan kite,., lalang2/rumput nie umpama gangguan2 or kelalaian2 kite [Dosa n maksiat yang kite pernah buat] yang sentiasa alihkan tumpuan2 kite dari pokok keimanan kite,., lagi lame kite x cabut lalang2 nie, lagi malas jadiknyer diri kite,., lagi berat jadiknyer nak cabut rumput2 tadi,.,

natijahnyer, lagi lambat kite cabut, lagi x tercabut lah rumput2 tadi yang mane akhirnye bleh bawak ke arah kematian pokok keimanan kite,.,

Nak ke kite,., satu hari nanti,., kite takde walau sekecil zarah pun keimanan dalam diri kite? kite jauh walaupun drpd peringkat keimanan "nafsu lawwamah?" kite langsung tak rase bersalah bile buat maksiat or dosa,., kite jauh dari Allah,., Nauzubillah~ ana percaye xde seorang pun dari kite yang nak sampai ke peringkat sampai macacm tuh sekali,., tp, itulah hakikatnyer seandainyer kite x cabut rumput2 tadi..

Cerite kat atas ni ana copyright dari blog seseorang, budoq maktab..ni antara tazkirah yang disampaikan oleh ustaz ye, hehehe..ana terkenan, so..ana copy je r, mitok2 dia halalkan, huhuhu..

Friday, August 20, 2010

Menghormati Azan

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."


Tazkirah RM50


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya,Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?’

Lima puluh menjawap, ‘Aku pergi merata tempat. Pergi stadium bola, naik Star Cruise, gi Kota Kinabalu naik Air Asia, lepak One Utama, Konsert AF, tempat-tempat camtulah. Eh, ko camner plak?’

Duit singgit menjawap perlahan seraya menunduk, Hmm..biasalah, balik-balik tempat yang sama. Suraumasjidsurau

p/s:fikir-fikirkanlah


kisah 3 Pinggan

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kitapun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaanya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.

Begitulah juga halnya dengan Allah Taala. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita, iaitu Syurga.

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ‘basuh’ kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur. Maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya. Ibarat pinggan pecah yang tiada nilai lagi.