Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya,‘ Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?’
Lima puluh menjawap, ‘Aku pergi merata tempat. Pergi stadium bola, naik Star Cruise, gi Kota Kinabalu naik Air Asia, lepak One Utama, Konsert AF, tempat-tempat camtulah. Eh, ko camner plak?’
Duit singgit menjawap perlahan seraya menunduk, ‘Hmm..biasalah, balik-balik tempat yang sama. Surau…masjid…surau…
p/s:fikir-fikirkanlah
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kitapun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaanya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.
Begitulah juga halnya dengan Allah Taala. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita, iaitu Syurga.
Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ‘basuh’ kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.
Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur. Maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya. Ibarat pinggan pecah yang tiada nilai lagi.








No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.