..sedang mencari..

Daisypath c.a.y solehah

Daisypath Friendship tickers
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-
Showing posts with label pekongsian. Show all posts
Showing posts with label pekongsian. Show all posts

Monday, January 28, 2013

..VVIP..


wah3x..
ini saham untuk diriku..
Ya Allah..Kau permudakkanlah segala urusanku 
^_____^

selalu dulu2 dengar sahabat berbicara tentang saham..
ingatkan diorang cakap sal bursa saham sebagai, huhu..
rupa2nya saham akhirat..
( point2 yang boleh kite tunjuk diakhirat nanti sebagai bukti kita nakkan ISLAM )
bekerja untuk islam

yukkkk..
jom gerakkan jemaah islam
dibawah panji2 islam
bile macam ni..terlintas dihati
"aku begitu rindukan dahulu"




..peace no war..

Sunday, October 9, 2011

..Doa Dhuha (UNIC)..

jom dengar same2..

feeling giler, hayati la..
biasa selalu dengar mak ayah baca ketika diorang sembahyang dhuha..
tapi saya xpernah nak hayati..
so..kali ni, jom hayati bersama..
jika berkesempatan..JOM SOLAT DHUHA..
walaupun difakulti..surau kan banyak, manfaatkannya..:)

semangat dhuha menyerlah dalam diri..:)
tapi..
jangan kerana nak sembahyang dhuha, korang yang ada kelas sanggup ponteng..
kena pandai bezakan yang wajib n sunat..

bak kata ustaz soleh masa ceramah APA ERTI SAYA BELAJAR DI UNIVERSITI MALAYA..
antara ciri2 pelajar muslim:
1)memiliki aqidah yang sejahtera
2)melakukan ibadah yang sohih(bezakan ibadah wajib n sunat)
3)mempunyai akhlak yang mantap
4)mampu bekerja(belajar)
5)berpengetahuan -tahu isu semasa
6)kuat tubuh badan -belajar & kesihatan, tidur & berjaga malam
7)bermujahadah -surah asy-syams
8)teratur urusannya
9)sangat menghargai masa(tidak tidur selepas subuh)
10)bermanfaat kepada orang lain -hidup untuk orang lain
11)pembentukan peribadi mesti syumul -al-baqarah:208

*utamakan Allah dalam setiap perbuatan

WAKTU ITU ADALAH KEHIDUPAN (imam hassan al banna)..

sekian dulu..prepare untuk kelas esok plop, hehe..
maju untuk menjadi pelajar muslim..:)
jom3..

Sunday, September 25, 2011

..mantap..

bersempena tajuk..

MANTAP..
M: maju
A: akal
N: namun
T: tanpa
A: akhlak
P: punah

sekarang, saya melihat fenomena luar..
keadaan dunia yang sebenar..
agak mendadak bagi saya..
betullah kata orang tua2..
kita susah nak jumpa..
orang yang sama fikrah dengan kita..
Allah ciptakan makhlukNya berbeza2..
manusia yang..
memiliki kelebihan n kekurangan..
tidak ada manusia yang sempurna..
dan..
manusia xlari dari membuat kesalahan..

namun..
seorang manusia itu tetap ada tanggungjawab..
sebagai khalifah dibumi Allah..
yang ni pun xboleh tidak..
kena laksanakan walaupun sedikit..
iaitu sebagai seorang da'ie..
agak mencabar untuk mendakwah..
ditempat yang baru bagi kita..
dan xsemua orang boleh terima..
2 adalah ujian kecil bagi kita..
oleh itu..
xlayak bagi kita nak mengalah..
Allah xkan bebankan hambaNya..
dengan sesuatu yang diluar kemampuan hambaNya..
sesungguhnya Allah mengetahui setiap sudut hambaNya..

perasaan itu kadang2 mainan syaitan..
jika kita terlalu mengikut perasaan..
bermakna kita mengikut syaitan..
memanglah manusia lemah..
tapi..
ingatlah..
kita ada panduan untuk diikuti..
untuk diamalkan..
bukan sekadar perhiasan..
panduan itu membawa kita..
kejalan yang Allah redhai..
iaitu..AL-QURAN n HADIS..
bukankah kita semua menginginkan syurga..
tapi..
xsemua dari kita sanggup bersusah payah untuk capainya..
kita semua sejak azali ada biodata..
cuma tak semua tahu tentang itu..
oleh itu..
jom kita selidik semula..
artikel yang lama2 tapi perlu untuk direfreshkan..
untuk pengingatan bersama..:)


"bersenang2 dahulu, bersusah2 kemudian..
or..
bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian"..
mana satu bagi kita lebih nikmat..

Allah..
indahnya jika kesenangan itu berkekalan..
oleh itu..
berbaloilah kita bersusah2 dahulu untuk..
kesenangan yang hakiki..

islam itu syumul..
mudah..
bersih..
suci..
dan tetap begitu walaupun..
ramai yang memperlekehkan ajaran islam..
perumpamaan..
Allah xpenah rugi klu hambaNya tidak mahu mengabdikan diri kepadaNya tetapi teramat2 rugi bagi hamba Allah yang tidak mengabdikan diri kepada Allah..
tidak terjejas sedikit pun kedudukan Allah..

oleh itu..
kenapa kita perlu gah dengan kehidupan sementara ni..
MOGA KITA BERADA DALAM LINDUNGAN ALLAH S.W.T..

Ya Allah..
permudahkanlah bagi kami2 yang inginkan keberkatanMu..
permudahkanlah bagi kami2 yang inginkan keredhaanMu..
tunjukkanlah kepada kami cara yang berhikmah untuk berdakwah..
mengajak mereka2 kejalanMu..
mengajak mereka2 mengabdikan diri kepadaMu..
mengajak mereka2 mengenaliMu..
dan..
menuju kesyurgaMu dengan langkah yang sama..
sebagai hamba2 yang inginkan kebahagiaan yang berkekalan..
ameen..
ameen ya rabbil alamin..

p/s: perbetulkan jika terdapat kesalahan..:)
p/s: menulis ketika beremosi kadang2 menghasilkan entry yang beremosi..:)hayatilah

Tuesday, March 15, 2011

..tatap diri kita..

ni saye copy paste dari facebook..
bukan pe, untuk tatapan bagi yang belum tau, sedar n bace..:)
jom kita renung kembali diri kita..
adakah kita tergolong dalam golongan sebegitu, nauzubillah..
..>>jom bace

by Wartawan Ummah Sesuatu tentang budak sekolah agama kita (Khas untuk ex-sekolah agama) Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers~ =) Ini bukan entri diskriminasi sekolah (eh?) (Entry ini mahu membuka minda sebentar) Entry ini tidak hanya terhad untuk pembaca yang bersekolah agama dan ex-sekolah agama sahaja, tapi juga sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan jantina selagi anda masih bergelar orang Islam. Diharap sama-sama dapat berfikir sejenak. (suka hati je edit pantun tak kena rentak T___T, layan je lah) Zaman sekolah 'ana-enti' Sekarang hilang diterbang angin 'Aku-engkau' jadi pengganti Entah bila nak sopan balik Bertudung labuh ayu sentiasa Ikhlas atau peraturan semata Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka Entah bila nak ayu balik Cakap siang pandang-pandang Cakap malam dengar-dengar Batas pergaulan makin berkurang Dah makin lupa apa yang ustaz ajar Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali Batas pergaulan punyalah jaga Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog) "Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?" Bila ditegur angin satu badan Konon sudah tahu belaka kalau dah tahu kenapa teruskan Seronok sangat ke kumpul dosa? Macam tu laa kalau rasa diri hebat Nama pun lepasan sekolah agama "Tak payah laa kau nak bagi nasihat, Kau ingat kau tu bagus sangat ke?" Itulah realiti budak sekolah agama Majoriti terkejut dengan dunia luar Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja "Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!" Parents hantar anak sekolah agama, SMA, SAM, SMKA, SBP sekolah beragama niatnya nak jadikan anak orang berguna, hajatnya nak jadikan si anak berakhlak mulia.Agaknya apply masa sekolah agama je kot, sebab lepas dah kenal dunia luar masing-masing dah lupa diri. Tak cakap orang lain, diri sendiri pon sama. Sebab saya sendiri berpeluang merasai tarbiah sekolah agama, maka saya tahu bagaimana suasananya. Ya, zaman yang ditarbiah. Kita diajar untuk mengenal dosa pahala. Tapi semua tu hanya bertahan dalam pagar sekolah je. Selepas keluar sekolah agama, ilmu yang dipelajari seakan tersekat untuk diaplikasi di luar. Walau stok sekolah agama, tapi perangai macam tak pernah nak berubah. Salah siapa? Hidayah semacam ditarik balik oleh Allah. Ilmu seakan disejat kembali oleh Allah, seolah-olah apa yang dipelajari telah hilang digantikan dengan ilmu-ilmu negatif. Tak payah tanya lah tentang tudung labuh, dah buat kain buruk agaknya. Sesetengahnya pakai tudung labuh tak pernah nak ikhlas, merungut je. Jujur bertanya, tidak rindukah pada tudung labuh anda? Perlindungan anda sewaktu ketika dulu? Saya tak cakap semua begitu, namun ini realiti. Saya melihat dengan kedua mata, saya menulis dengan mata hati. Sedangkan di sekolah dialah BADAR (Badan Dakwah dan Rohani-dikenali sebagai stok-stok budak alim) bercakap punyalah hebat pasal akhlak, pasal couple, pasal isu semasa, tup tup, bila jumpa di luar, semuanya seakan berubah sekelip mata. Tudung yang labuh telah jadi selendang yang nipis sehingga nampak lehernya dan rambutnya. Baju yang dipakai longgar semasa disekolah diketat-ketatkan. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dalam perubahan emosi mereka. Kata dulu, NO COUPLE, HARAM! tup tup, kita tahu dia tayang gambar dekat facebook. Sopannya sekarang ni. Itu tak kira lagi tanggal tudung labuh then free hair, or pakai baju sexy tayang dalam facebook. Sangat tidak patut. Saya akan terangkan lagi isu ini panjang lebar dalam entri akan datang; BINGKISAN UNTUK PARA DAIE' PART II: AKU NAK DAKWAHKAN KAU. (cewah macam dalam majalah SOLUSI pulak rasanya, ehe) Tak bermakna semua budak sekolah agama begitu, ada juga yang tetap hebat.Ada juga semakin hebat. Tak kata semua, ini major. Berapa kerat dari kita yang tetap mengamalkan ilmu? Saya tak cakap saya juga lengkap, tapi itulah, masih dalam proses perubahan. Setiap hari mentarbiah hati untuk kekal berada dalam hidayah-Nya. Budak sekolah biasa lagi excellent akhlak dari budak sekolah agama. Come on, budak sekolah agama, bangkitlah dengan ilmu yang kita pelajari, jangan jadi semakin sesat! [zaman sekolah] bertukaaaaarrr.... [zaman universiti] Cuba nilai kembali, perubahan kita. Adakah ianya negatif ataupun positif. Fenomena ini seakan semakin merebak tanpa disedari. Pesanan saya kepada budak-budak sekolah agama yang bakal keluar, pandai-pandai jaga diri, pandai-pandai apply hukum halal haram bila keluar nanti. Bila stay sekolah agama ni alhamdulillah, ada yang menegur, bila kita keluar nanti, lagi-lagi kita dapat kawan yang tak berapa ambil berat tentang Islam ni, tak ada siapa yang nak tegur. Appreciate kawan-kawan yang tegur. Ingat satu je, kalau ada yang tegur kita, itu tandanya Allah sayangkan kita. Didatangkan teguran semacam itu sebagai peringatan kepada kita dari Allah melalui manusia. Kalau tak ada yang tegur, faham-faham je lah. Itu tandanya Allah nak tambahkan lagi kesesatan kita. Ini bahaya. Berdoalah supaya kita terus kekal dalam landasan syariat-Nya, diharapkan jangan terpesong walaupun setelah mengenali dunia luar. Buat ex-ex sekolah agama, pandai-pandai menilai tindakan diri, jangan buat perkara yang membinasakan diri dan hati. Waallahu'alam~ =) p/s: Tak kisah mana-mana pon kita sekolah, sekolah biasa ke, sekolah agama ke, asal tahu jaga diri, hukum halal haram itu sudah cukup untuk menjadikan akhlaknya cemerlang. Di manapun kita berpijak, ingat Allah sentiasa melihat kita, baru kita takut nak buat seleweng segala.

Monday, February 21, 2011

..atara sebab kenapa persahabatan renggang..




Sejauh mana kadar takwa dan kebaikan yang anda lihat dari saudaramu, sejauh itulah tulusnya cinta dan persahabatan yang anda berikan padanya. Sejauh mana tingkat zikir, ibadah, peringatan akan akhirat, perhatian terhadap ketaatan kepada Allah, dan dakwah di jalan-Nya yang memenuhi nuansa persahabatan dan pertemanan, sejauh itulah eratnya persabatan dan jalinan cinta yang terjalin di antara keduanya.



Namun jika hubungan persahabatan kering dari makna-makna zikir, ibadah, saling menasihati, mengingatkan perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kemelut ukhuwah akan semakin terasa, lalu beralih menjadi permainan (lagha) dan perdebatan sia-sia.

Hati bertambah keras dan cepat bosan, sementara lagha (perkataan dan perbuatan sia-sia)

membuka pintu kerosakan dan perselisihan, yang pada akhirnya terjelmalah dosa sebagai

dinding pemisah yang memburaikan ikatan ukhuwah dan memisahkan dua sahabat. Dalam

sebuah hadith shahih, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”

Dosa yang dilakukan tersebut tidak semestinya berhubungan dengan saudara, namun bentuk dosa apa pun yang dilakukan oleh seseorang dapat menjadi faktor hilangnya seluruh

kawan dekat dan saudaranya satu demi satu. Misalnya dosa yang berhubungan dengan masalah kewangan, lantaran meninggalkan kewajipan, perbuatan tidak terpuji, mengucapkan kata-kata tidak elok, ghibah, menjatuhkan wibawa dan kepribadian orang lain, memperolok-olok, dan berbagai perbuatan maksiat lainnya.

Dosa kerana perbuatan-perbuatan maksiat di atas dapat mengakibatkan hilangnya rasa cinta dan ukhuwah, baik secara langsung mahupun tidak langsung - sebagai balasan atas maksiat,

iaitu dengan hilangnya sahabat-sahabat yang mencintaimu. Sebagai contoh, sahabatmu merasa jika berdekatan denganmu akan menggiringnya ke dalam maksiat, diam dengan kemungkaran, lebih mengingatkan perihal duniawi dan melupakan zikir serta akhirat, lalai beribadah, dan menjauhkan dari kegiatan-kegiatan dakwah. Dengan alasan-alasan tersebut, rasa cintanya semakin terkikis dan lebih menyukai bergaul dengan orang lain.

Sesungguhnya kelebihan hubungan ukhuwah kerana Allah adalah kerana yang terlibat di dalamnya senantiasa mengingatkan masalah-masalah akhirat, seperti yang dinyatakan oleh al-Hasanrahimahullah: "Sahabat lebih kami cintai daripada keluarga sendiri, kerana sahabat mengingatkan kita akan akhirat, sedang keluarga mengingatkan kita akan dunia."

Dengan demikian, jika seorang sahabat cenderung mengingatkanmu dengan masalah-masalah duniawi, kelebihan apa lagi yang masih tersisa darinya? Untuk itu, jika engkau ingin

memiliki sahabat-sahabat yang menghargai dan menghormatimu, hendaklah engkau mulai dengan memperbaiki hubunganmu dengan Allah, komitmen dengan ketentuan syari'at dan hukum-hukum-Nya, jauhkan dirimu dari maksiat dan dosa.

moga2 ukhuwah bersahabat tetap kukuh..

kenangan bersama tetap disimpan..(",)

Monday, February 7, 2011

Tragedi Malam 14

"Sayang, esok jom keluar," kata Faisal kepada Hani, teman wanitanya menerusi telefon bimbit.

"Ok darl, I on je," jawab Hani manja. "Kita jumpa di tempat biasa ya", sambungnya lagi.

"Ok, see you esok. Bye," kata Faisal sebelum menamatkan panggilan.


Malam itu, Faisal tidak dapat melelapkan mata dek kerana tidak sabar lagi untuk berjumpa Hani. Badannya di dibalikkan ke kiri, tidak dapat tidur, ke kanan, pun tidak dapat tidur.


"Lamanya esok," bisiknya sendiri.


Akhirnya hampir jam 4 pagi, barulah Faisal dapat melelapkan matanya. Itupun selepas menyumbat earphone di telinga bertemankan lagu Suraya nyanyian Indigo.


----------------


Faisal hanya terjaga pada pukul 12.25 tengahari itupun selepas dikejutkan dengan panggilan rindu dari Hani. Faisal bangun dan membelek skrin telefon bimbitnya. Ada satu mesej, dari emaknya di kampung.


"Salam, jangan lupa bangun subuh"


Mesej ringkas itu tertera di skrin telefon bimbitnya. Dihantar pada jam 6.12 pagi. Faisal tidak membalas mesej emaknya.


"Alah orang tua ni, solat je pun. Tak buat pun tak apa,"
ngomelnya sebelum melangkah ke bilik mandi.


Seusai mandi, Faisal bersiap-siap untuk keluar bertemu Hani. Minyak wangi Fantasia disembur ke bajunya."Nak kena jumpa awek, mesti la cantik-cantik,"bisiknya perlahan. Setelah siap semua, barulah Faisal melangkah keluar dari rumah sewanya dan memecut ke rumah Hani. Hani menyambutnya dengan senyuman mesra di pagar rumahnya. Hani nampak elegan dengan pakaiannya yang ketat dan menarik mata lelaki.


"Wow, you are so elegant with that kind of dress!"
kata Faisal dengan mata yang terbeliak. Sambil itu, dia melangkah keluar untuk menjemput Hani masuk ke kereta.


"Haha, thanks darl. Untuk you jugak kan,"
kata Hani sambil melabuhkan punggungnya di seat depan.


"So, where we are going to go?"
tanya Faisal.

"Sekarang baru jam 3.30 petang. Jom main boling dulu di Midvalley," kata Hani.

"Jom,"
jawab Faisal.


--------------


Lewat jam 8 malam, barulah Faisal dan Hani tamat bermain boling dan membeli belah di Midvalley. Mereka duduk berehat di kerusi berdekatan dengan kedai kasut Bata.


"Alah, I lupa nak beli something la sayang. Di Guardian,"
kata Faisal.

"Eh? Apa dia Darl?"
tanya Hani.

"Alaa, benda tu lah. Untuk kegunaan malam ni,"
kata Faisal tersipu-sipu malu.

"Oh ya. Baru I ingat. Dah, dah. Cepat pergi beli. Cepat!" arah Hani.


Terkedek-kedek Faisal menuju ke Guardian lalu mencapai kotak yang bertulis Durex. Faisal kemudiannya berlalu menuju ke tempat duduknya sebentar tadi. Mereka berborak-borak dan bergurau senda sementara menantikan tibanya tengah malam. Lebih kurang jam 11.30 malam, mereka mula bergerak menuju ke kereta.


"Aha~ mari I bawak you ke tempat baik punya. I gerenti tak ada orang tahu. Entah-entah Tuhan pun tak tahu,"
kata Faisal sambil ketawa berdekah-dekah.


"Ah you ni. Buat suspen I je. Bawak je lah I pergi mana-mana pun. I tak kisah," jawab Hani manja.


'I dah tak sabar ni, nampak gayanya I kena pecut lebih sikit malam ni,"
kata Faisal.


"Suka hati you lah,"
jawab Hani.


Langit pada malam itu mendung, tidak ada sebutir bintang pun di langit. Hanya gelap menghiasi langit malam. Kereta proton wira berwarna biru metallic milik Faisal dipecut laju membelah jalan raya. Dalam perjalanan itu tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya.


"Ish, hujan pulak dah. Ni yang tak best ni,"
ngomel Hani.


"Laa, hujan-hujan ni la yang best untuk....."
Faisal tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Kereta yang dipandu Faisal bertembung dengan sebuah kereta pacuan 4 roda. Kereta yang dipandu Faisal berpusing dua tiga kali sebelum terbalik di simpang menuju ke sebuah kawasan perkelahan. Lebih menyayatkan hati, Faisal terpelanting keluar dari kereta dan dilanggar pula oleh beberapa buah kenderaan lain yang kebetulan lalu di tempat yang sama. Keadaan sunyi seketika. Dua tiga buah kereta mula berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan.


15 minit kemudian, siren ambulans mula kedengaran. Paramedik bergegas membantu Faisal yang sudah tidak bernyawa itu. Mayatnya hampir hancur digilis sementara Hani disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan. Walaubagaimanapun, pemandu pacuan 4 roda hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sebagai pesakit luar. Menurut saksi, serpihan cermin kereta yang pecah menikam tepat ke dada Hani. Jenazah kedua-dua mangsa di bawa ke hospital untuk dibedah siasat.


Keesokan harinya, akhbar utama menyiarkan berita kematian kedua mangsa ini dengan headline "Tragedi Malam Valentine".

>>>>>>>>>>>cerite ni saye ambik dari blog murabbi..sungguh sayu jika cerite ni dihayati dan diambil pengajaran..moga diri kite dihindar dari segala dosa yang sia-sia, same2 muhasabah diri..
JANGAN LIBATKAN DIRI DENGAN VALENTINE'S DAY..

Wednesday, January 19, 2011

Semoga kita senantiasa mendapatkan kecintaan Allah, itulah yang seharusnya dicari
setiap hamba dalam setiap detak jantung dan setiap nafasnya.


Alhamdulillah wa shalaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala alihi wa shohbihi wa man tabi’ahum bi ihsaanin ilaa yaumid diin.

Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan kecintaan Allah. Lalu bagaimanakah cara cara untuk mendapatkan kecintaan tersebut. Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk mendapatkan maksud tadi dalam kitab beliau Madarijus Salikin.

Pertama, membaca Al Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya. Hal ini bisa dilakukan sebagaimana seseorang memahami sebuah buku yaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. [Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an, pen]

Kedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib. Dengan inilah seseorang akan mencapai tingkat yang lebih mulia yaitu menjadi orang yang mendapatkan kecintaan Allah dan bukan hanya sekedar menjadi seorang pecinta.

Ketiga, terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya. Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan dzikir kepada-Nya.

Keempat, lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya. Begitu pula dia selalu ingin meningkatkan kecintaan kepada-Nya, walaupun harus menempuh berbagai kesulitan.

Kelima, merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (karena mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

Keenam, memperhatikan kebaikan, nikmat dan karunia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin. Inilah faktor yang mendorong untuk mencintai-Nya.

Ketujuh, -inilah yang begitu istimewa- yaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.

Kedelapan, menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an). Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

Kesembilan, duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para shidiqin. Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahwa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

Kesepuluh, menjauhi segala sebab yang dapat mengahalangi antara dirinya dan Allah Ta’ala.

Semoga kita senantiasa mendapatkan kecintaan Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap detak jantung dan setiap nafasnya. Ibnul Qayyim mengatakan bahwa kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallalahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Wednesday, January 12, 2011

..faKTor2 haTi tak GeMbiRa..

a) Pemarah
Paling
mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang sepertiini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-caripeluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kenasakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya
hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain daridirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orangyang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupunfasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki ituAllah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang
yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyakkerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidakhabis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kitabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum bolehdikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapimendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yangmemiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang adaegonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakondi depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akanmengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak
dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pulamenjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu(bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta duniamerupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan danrebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senangdibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkankemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makintinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetapmenderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juaakhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kitaterleka dengan dunia buruklahh padahnya.


by mr-tazkirah..

Thursday, January 6, 2011

..dOa hAmBa ALLAH..

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antar kami
Rukunkan antar hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama’ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama’ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami

“ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih”

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur’an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir’aun dan laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami da’i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da’wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda’wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa.

AMEEN YA RABBAL AALAMIN..

Tuesday, January 4, 2011

WaNiTa bErTuDuNg zAMan SEkaRanG???isLAMiK ke..

salam pengabdian kepada Allah..

WADUH2..
sedar xsedar rupenye kite dikelilingi oleh insan2 yang xdidedahkan dengan info2 ni..
Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa
disedari oleh umat Islam.
Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari
kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita
untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara
orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka ia termasuk dari golongan mereka"
(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)


Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas..
ayuh tinggalkan fashion tersebut..
Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya..
tegahlah mereka..
Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini..
sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua..

Sebarluaskan banner di bawah:

Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.
same2lah kite membanteras usaha musuh islam..>islam 4 all

Saturday, December 25, 2010

..pErHaTiAn..

Umat ISLAM diminta delete J0285926.WMF!!!!

Salam kepada semua blogger,


Hari ini saya memohon semua blogger dan umat ISLAM yang mempunyai laptop atau komputer dan yang penting sekali menggunakan MICROSOFT OFFICE mendelete image ZIONIS bagi menyokong perjuangan palestin dan membenci Rejim Zionis Israel...
PAPARAN PENUH

Mungkin masih ramai yang tidak tahu tentang ini dan saya berharap umat ISLAM mendelete gambar tersebut di alamat berikut C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF

Anda akan jumpa dengan image seperti diatas ini. Iannya merupakan gabungan logo bendera Zionis Israel(Bintang) dan juga logo Mossad(Lilin)..

Sekian dari saya..."SEKADAR INFORMASI UNTUK DIKONGSI BERSAMA"