sebaris tinta kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa, kadangkala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan cabaran..sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan, wanauzubillahiminzalik..kehidupan itu adalah satu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.. SELAMAT MENJADI KHALIFAH YANG BEREBUT DALAM MENCARI CINTA ILLAHI YANG KEKAL
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-
Thursday, December 29, 2011
..^-^..
Sunday, November 6, 2011
..salam eiduladha..
Tuesday, February 15, 2011
..BiLe HaTi BeRbIcArE..
The Chosen One
Tuesday, December 7, 2010
..SaLaM 1 mUhArRaM..
Doa akhir tahun......
:dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."
![]()
Doa awal tahun.......
: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
- p/s:moga2 hidup kita semua untuk tahun 1432 hijrah lebih diredhai..
- p/s:moga2 kita dapat menempuh ujian dari Allah dengan penuh kesabaran..
- p/s:Ya Allah, permudahkanlah bagiku semua urusan dunia n akhirat..
- p/s:moga2 imtihan STAM ana n sahabat2 power!!!!
SALAM MAAL HIJRAH..
TAHUN 1432 HIJRAH..
Thursday, August 12, 2010
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

sedar xsedar dah pun menjelang bulan yang mulia ini..mase bulan pose ni lah macam2 dugaan ada tapi dengan berbekalkan iman yang senipis kulit bawang(xtentu ag 2), dapatlah jugok kita umat islam hadapinye..insyaAllah
mm..ana harap sangat ramadhan tahun ni leih bermakna dari ramadhan tahun2 sebelum ini, yelahkan..kita ni manusia dan manusia selalu inginkan sesuatu yang baik dan klu boleh lebih baik(dalam semua aspek kehidupan)..mm, ana jugop adalah manusia dan xterlepas dari perasaan yang sebegitu..lumrah manusia memang macam tu..hehehe, so..rase2nyelah macamne tahap keimanan kita mase bulan pose ni, adakah lebih mantap atau slow ataupun xde peningkatan..sme2lah kita doakan yang terbaik yep..







