..sedang mencari..

Daisypath c.a.y solehah

Daisypath Friendship tickers
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, January 28, 2013

..terdiam sejenak..

16 RabiulAwal 1434 H bersamaan
28 Januari 2013..

semakin meningkat tahun, 
semakin meningkat umurku,
semakin dekatku dengan kematian..

sebagaimana yang diketahui umum..
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL baru sahaja disambut meriah oleh warga Malaysia
tetapi..aku terdiam sejenak (duduk rumah je)..
berapa ramai yang menyambut dan mengaplikasikan SUNNAH baginda dalam kehidupan
memanglah cakap senang dan nak buatnya susah..
TETAPI..
kite BOLEH kalau kite nak 
TETAPI..
ade je yang menghalang keinginan kite untuk jadi lebih baik..

terdian sejenak..
.
.
.
.
.
pernah tak terfikir tentang akibat perbuatan kita sekarang..
kemana hala tuju kita selepas ni..
(SYURGA or NERAKA) 
amalkan sedikit tapi berterusan daripada
amal secara banyak selalu tapi sekejap :(


Imam as-Syahid Hasan al-Banna "Wahai saudaraku, boleh jadi sebaik-baik waktu bermunajat, berbisik-bisik dengan Allah S.W.T iaitu waktu bersunyi-sunyi dengan Tuhanmu, waktu kebanyakan manusia tidur dengan nyenyak dan alam seluruhnya menjadi sepi. Jika malam melabuhkan tirainya dan bintang-bintang telah ghaib lalu menghadirkan hati di hadapan Allah S.W.T dan mengingat Tuhan serta membandingkan kelemahan  diri dengan kebesaran Tuhan, lalu bermesra ke hadratNya dan tenanglah hati dengan mengingatiNya, bergembira denganNya, bergembira dengan rahmat kurniaanNya."

jom kita berzikir dan beristighfar..
santaikan kehidupan dengan ISLAM

p/s: berbicara menggunakan akal fikiran lebih mantap isinya daripada berbicara menggunakan lidah yang tak bertulang..^___________^


..peace no war..

Sunday, June 3, 2012

~2012~

alhamdulillah, entry pertama tahun 2012~
aduhaiii..dah menjelang jun 2012, baru terdetik nak menulis sesuatu dalam blog ni~
agak lame la x berkunjung tiba, huhu..

sampai blog bertukar wajah pun saye tak sedar, betapa saye ni TAKE CAREnye, huhu~
macam biasa, klu saye mule menulis, mesti ade yang tak senang dihati, hehe..
mule2~esok saye EXAM da..^____^
tapi ade sesuatu yang sedang bermain2 di fikiran saye, mmmm...
saye xpasti ape yang saye buat ni betoi k x??
kadang2 macam xde tujuan je saye buat macam tu, rupa2nye..
janji Allah tu benar~setiap yang berlaku itu ade hikmahnye
syukur ats segala nikmat yang Allah kurniakan
mulenye terase x tertanggung segalanye tapi..
saye percaya saye boleh~
susah nak paksa diri tapi jika xdipaksa, diri akan lalai~
ujian yang datang semenjak 2 menjak ni ibarat sayelah insan paling dukacita=='
rupa2nye saye hanya memandang orang yang masih diberi nikmat kepadanya,
langsung tidak memandang orang yang kekurangan malah lebih lagi kekurangan daripda saye~
syukur, saye sempat menyedari wlpn agak last minute~
mencari2 makna sampai terpaksa melepaskan sebuah persahabatan~huhu
agaknye diri xcukup kuat untuk bagi segala kat die..
setiap kali sesuatu berlaku, mesti nak coretkan wlpn sedikit..
bukannye tempat meluahkan perasaan, ya iyalah..
sayekan dah ade tempat bergantung saye~Allah..
so, ni bukan tempat saye..sedikit pengalaman saye yang saye terase nak taip, haha..
pengalaman mendewasakan diri~
ni tengah2 study pun, boleh terlepas dekat blog ni~
rupa2nye saye tengah rindu~ *___*

esok~Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku ini
Kau kuatkan diriku untuk terus berjuang di jalanMu
jadikan diriku sebaik2 sahabat kepada sahabatku
jangan jadikan diri ini lalai dalam nikmatMu
Kau perelokkanlah peribadiku~
Kau jadikan hambaMu ini hamba yang taat dunia n akhirat
Kau jadikan hambaMu ini anak yang soleh dunia n akhirat
Kau jadikan hambaMu ini pelajar yang cemerlang dunia n akhirat
Kau jadikan hambaMu ini insan yang berguna dunia n akhirat
Allahu Robbi~
aamen ya rabbal 'alamin

Tuesday, August 9, 2011

..9 rAmAdHaN..




jom hayati gambar ini..:)
bagi yang dah cukup umur untuk puasa tu..ingat!!!!jom same2 kita jayakan kempen 1 ogos~1 ramadhan salam ramadhan..


klu tengok tajuk post 2, seme mesti dah tau..
arini ari k-9 umat islam menunaikan rukun islam k-3..



~berpuasa dibulan ramadhan..


suke dilistkan rukun2 islam untuk dihayati bersama..

.
.
.

1~mengucap dua kalimah shahadah..

~
~

2~sembahyang lima waktu sehari semalam..

~
~
~

3~berpuasa dibulan ramadhan..

~

~

~

~

4~membayar zakat..

~
~
~
~
~

5~mengerjakan haji bagi yang mampu..




hehe..sebagai orang islam yang sayangkan islam..

rukun islam mesti dah sebati dengan diri..

tapi..

klu tau saje tapi tak amalkan pun bahaye juge..

setakat ni..saye baru lepas 3..

yang k-4 n k-5..



menunggu ari mendatang untuk melaksanakannya..

jika dipanjangkan umur oleh Allah..

kupinta moga sepanjang hayatku, aku tidak mensia2kan masa yang ade..



ameen..



klu rukun islam yang k-1 n k-2 selalu buat..

ni yang sedang kita raikan iaitu rukun islam k-3..

puasa3x..

bak kata hadis sohih~~



Bagi orang yang berpuasa itu mempunyai 2 kegembiraan iaitu:kegembiraan ketika berbuka puasa & kegembiraan ketika bertemu dengan Allah disebabkan puasanya.(Bukhari & Muslim).




~Semua orang pasti gembira ketika berbuka puasa..

Namun lebih gembira & bahagia di kala kita semua dapat bertemu dengan Allah dalam syurgaNya..

Jesteru ikhlaskan ibadah kita hanya kerana Allah &

perbaikilah kualiti puasa kita agar mendapat darjat taqwa..~

alhamdulillah..

walaupun rindu akan suasana ramadhan ditempat blaja yang dulu..

tapi tetap bersyukur kerna masih merasakan ramadhan pada kali ni..

sepenuh mase bersama family..:)


ukhuwah fillah abadan abada..(",)

Tuesday, March 15, 2011

..tatap diri kita..

ni saye copy paste dari facebook..
bukan pe, untuk tatapan bagi yang belum tau, sedar n bace..:)
jom kita renung kembali diri kita..
adakah kita tergolong dalam golongan sebegitu, nauzubillah..
..>>jom bace

by Wartawan Ummah Sesuatu tentang budak sekolah agama kita (Khas untuk ex-sekolah agama) Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers~ =) Ini bukan entri diskriminasi sekolah (eh?) (Entry ini mahu membuka minda sebentar) Entry ini tidak hanya terhad untuk pembaca yang bersekolah agama dan ex-sekolah agama sahaja, tapi juga sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan jantina selagi anda masih bergelar orang Islam. Diharap sama-sama dapat berfikir sejenak. (suka hati je edit pantun tak kena rentak T___T, layan je lah) Zaman sekolah 'ana-enti' Sekarang hilang diterbang angin 'Aku-engkau' jadi pengganti Entah bila nak sopan balik Bertudung labuh ayu sentiasa Ikhlas atau peraturan semata Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka Entah bila nak ayu balik Cakap siang pandang-pandang Cakap malam dengar-dengar Batas pergaulan makin berkurang Dah makin lupa apa yang ustaz ajar Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali Batas pergaulan punyalah jaga Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog) "Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?" Bila ditegur angin satu badan Konon sudah tahu belaka kalau dah tahu kenapa teruskan Seronok sangat ke kumpul dosa? Macam tu laa kalau rasa diri hebat Nama pun lepasan sekolah agama "Tak payah laa kau nak bagi nasihat, Kau ingat kau tu bagus sangat ke?" Itulah realiti budak sekolah agama Majoriti terkejut dengan dunia luar Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja "Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!" Parents hantar anak sekolah agama, SMA, SAM, SMKA, SBP sekolah beragama niatnya nak jadikan anak orang berguna, hajatnya nak jadikan si anak berakhlak mulia.Agaknya apply masa sekolah agama je kot, sebab lepas dah kenal dunia luar masing-masing dah lupa diri. Tak cakap orang lain, diri sendiri pon sama. Sebab saya sendiri berpeluang merasai tarbiah sekolah agama, maka saya tahu bagaimana suasananya. Ya, zaman yang ditarbiah. Kita diajar untuk mengenal dosa pahala. Tapi semua tu hanya bertahan dalam pagar sekolah je. Selepas keluar sekolah agama, ilmu yang dipelajari seakan tersekat untuk diaplikasi di luar. Walau stok sekolah agama, tapi perangai macam tak pernah nak berubah. Salah siapa? Hidayah semacam ditarik balik oleh Allah. Ilmu seakan disejat kembali oleh Allah, seolah-olah apa yang dipelajari telah hilang digantikan dengan ilmu-ilmu negatif. Tak payah tanya lah tentang tudung labuh, dah buat kain buruk agaknya. Sesetengahnya pakai tudung labuh tak pernah nak ikhlas, merungut je. Jujur bertanya, tidak rindukah pada tudung labuh anda? Perlindungan anda sewaktu ketika dulu? Saya tak cakap semua begitu, namun ini realiti. Saya melihat dengan kedua mata, saya menulis dengan mata hati. Sedangkan di sekolah dialah BADAR (Badan Dakwah dan Rohani-dikenali sebagai stok-stok budak alim) bercakap punyalah hebat pasal akhlak, pasal couple, pasal isu semasa, tup tup, bila jumpa di luar, semuanya seakan berubah sekelip mata. Tudung yang labuh telah jadi selendang yang nipis sehingga nampak lehernya dan rambutnya. Baju yang dipakai longgar semasa disekolah diketat-ketatkan. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dalam perubahan emosi mereka. Kata dulu, NO COUPLE, HARAM! tup tup, kita tahu dia tayang gambar dekat facebook. Sopannya sekarang ni. Itu tak kira lagi tanggal tudung labuh then free hair, or pakai baju sexy tayang dalam facebook. Sangat tidak patut. Saya akan terangkan lagi isu ini panjang lebar dalam entri akan datang; BINGKISAN UNTUK PARA DAIE' PART II: AKU NAK DAKWAHKAN KAU. (cewah macam dalam majalah SOLUSI pulak rasanya, ehe) Tak bermakna semua budak sekolah agama begitu, ada juga yang tetap hebat.Ada juga semakin hebat. Tak kata semua, ini major. Berapa kerat dari kita yang tetap mengamalkan ilmu? Saya tak cakap saya juga lengkap, tapi itulah, masih dalam proses perubahan. Setiap hari mentarbiah hati untuk kekal berada dalam hidayah-Nya. Budak sekolah biasa lagi excellent akhlak dari budak sekolah agama. Come on, budak sekolah agama, bangkitlah dengan ilmu yang kita pelajari, jangan jadi semakin sesat! [zaman sekolah] bertukaaaaarrr.... [zaman universiti] Cuba nilai kembali, perubahan kita. Adakah ianya negatif ataupun positif. Fenomena ini seakan semakin merebak tanpa disedari. Pesanan saya kepada budak-budak sekolah agama yang bakal keluar, pandai-pandai jaga diri, pandai-pandai apply hukum halal haram bila keluar nanti. Bila stay sekolah agama ni alhamdulillah, ada yang menegur, bila kita keluar nanti, lagi-lagi kita dapat kawan yang tak berapa ambil berat tentang Islam ni, tak ada siapa yang nak tegur. Appreciate kawan-kawan yang tegur. Ingat satu je, kalau ada yang tegur kita, itu tandanya Allah sayangkan kita. Didatangkan teguran semacam itu sebagai peringatan kepada kita dari Allah melalui manusia. Kalau tak ada yang tegur, faham-faham je lah. Itu tandanya Allah nak tambahkan lagi kesesatan kita. Ini bahaya. Berdoalah supaya kita terus kekal dalam landasan syariat-Nya, diharapkan jangan terpesong walaupun setelah mengenali dunia luar. Buat ex-ex sekolah agama, pandai-pandai menilai tindakan diri, jangan buat perkara yang membinasakan diri dan hati. Waallahu'alam~ =) p/s: Tak kisah mana-mana pon kita sekolah, sekolah biasa ke, sekolah agama ke, asal tahu jaga diri, hukum halal haram itu sudah cukup untuk menjadikan akhlaknya cemerlang. Di manapun kita berpijak, ingat Allah sentiasa melihat kita, baru kita takut nak buat seleweng segala.

Tuesday, March 1, 2011

..Erti persahabatan..

1. PERSAHABATAN ADALAH SATU SATUNYA PINTU KEBEBASAN KITA.BANYAK PERKARA YANG TAK DAPAT KITA NYATAKAN KEPADA ISTERI SEKALI PUN,TETAPI DAPAT DINYATAKAN KEPADA SAHABAT.PERSAHABATAN YANG JUJUR ADALAH SALAH SATU TANGGA KENAIKAN.

2. SUPAYA BEROLEH SAHABAT,HENDAKLAH DIRI SENDIRI LAYAK BUAT DISAHABATI ORANG.

3. SAHABAT MU SUKA PADA MU, TETAPI TIDAKLAH TIAP TIAP ORANG YANG SUKA KEPADA MU ITU ADALAH SAHABAT MU.

4. KESENANGAN HIDUP MU ADALAH MEMPERBANYAK TEMAN,TETAPI BUKTI PERSAHABATAN YANG SETIA IALAH DIWAKTU KESUKARAN.

5. YANG SEMULIA MULIA KEWAJIPAN BERSAHABAT IALAH MENGETAHUI KEHENDAK DAN KEMAHUAN SAHABAT MU SEBELUM DIKATAKAN.DAN PERKENANKAN PERMINTAANNYA SEBELUM DIMINTANYA.

6. KALAU MEMPUNYAI BANYAK SAHABAT, JANGANLAH JADI SAHABAT UNTUK SEORANG SAHAJA.

7. KALAU SAHABAT MU TERTAWA,HENDAKLAH DIKATAKAN APA SEBAB DIA SENANG , KALAU SAHABAT MU MENANGIS,ENGKAU MESTI PERIKSA APA SEBAB DIA SUSAH.

8. JIKA ENGKAU MEMBERI SESUATU PADA SAHABAT MU,BERERTI MEMBERIKAN KEPADA DIRI MU SENDIRI.

9. BILA ORANG TELAH MERASA DIRINYA BESAR,DIA LUPA AKAN SALAHNYA,HANYA SAHABAT YANG SETIA YANG SANGGUP MEMBUKA MATANYA.

10. TEMAN YANG 'BERUDANG DISEBALIK BATU' ADALAH SEUMPAMA ANJING DITEPI JALAN,YANG DITUJUNYA HANYA TULANG YANG AKAN DILEMPARKAN KEPADANYA,BUKAN TANGAN YANG MELEMPARKAN TULANG ITU......:)

Friday, February 11, 2011

..konspirasi hati..

Macamne nak tau hati kite tengoh berkontroversi????

Mesti kite tertanye2, huhuhu..

So..

Kenapa hati kite gelap??sebab dok tempat gelap ke?? atau pun sebab kite..


1. Meyakini kewujudan Allah swt tapi meninggalkan perintahNya

2. Selalu membaca Alquran tapi tak beramal dengan isinya..

3.Menganggap Syaitan itu MUsUh, tapi masih menurut kehendaknya

4.Mengaku sebagai umat Rasulullah saw, tapi tidak ikut sunnah baginda

5.Tahu azab neraka,takut azab neraka, tapi masih melakukan dosa

6.Inginkan nikmat syurga tetapi enggan beramal soleh untuk mendapatkannya



7.Sedar tentang hakikat kematian tetapi tidak bersedia menghadapinya

8.Asyik menceritakan keaiban orang lain tetapi terlupa keburukan diri sendiri

9.Sentiasa menikmati rezeki dan nikmat kurniaan Allah swt tetapi tak pernah bersyukur

10.Mengkebumikan jenazah saudara seIslam tapi tidak mengambil iktibar darinya

khulasahnye senang jow..dunia ni ibarat pentas dan kite semua sebagai pelakon2, macamne kite coretkan dunia ni, macam 2lah hasil yang akan kite dapat pada akhirnye(akhirat).. Hidup ini umpama bertemu jalan mati kerna pada akhirnye kematian menanti di hujungnya
Jadi awasilah jejak masa. Jangan sesekali khianati masa dunia..

Renungkanlah..
Jangan biarkan hati menjadi mati dan tenggelam di lembah dosa!
sama2 muhasabah diri ite untuk kebaikan diakhirat sane..

wallahu'alam..

Sunday, February 6, 2011

..dugaan berangkat..

salam pengabdian kepada Yang Maha Satu..

sinonim kite dengar, air dicincang xkan putus..
ni khas buat adik beradik or saudara mara je..
macamne sekali pun, hubungan diorang xkan putus walaupun badai melanda..
pernah x korang fikir???adik beradik angkat...
pe hebatnye ade adik angkat, abang angkat, akak angkat, mak angkat or ayah angkat..
mungkin sebarang angkat yang mungkin wujud tapi saye xketahuinye, hehehe..
...........sedikit perkongsian
ape anda rase jika dikecewakan oleh seseorang yang de kaitan angkat dengan kite..
kecewa yang macamne erk???
mungkin ye dah pasang angkat lain dengan seseorang yang lain..
mungkin ye bosan berangkat dengan kite, hehehe..
mungkin ye suke tengok kite sedih sal ye..
atau sebarang kemungkinan lagi..
amat dukacita juge jika tu berlaku kat sahabat2 kite atau sapa2 yang kite kenal..
macamne nasihat anda kepada mereka2 yang dikecewakan oleh angkat diorang..

dulu, sebenarnya saye pun sedikit keliru tentang hukum berangkat2 ni..
pah2, saye ni jenis suke tau juge hukum2 ni, yelah..
kebiasaan perkara tu biasa dibahaskan dalam usrah saye..
nak2 saye pegang adik2 form 2..
mesti banyak mende diorang nak tau..
semestinye, seorang naqibah kena tau n amik tau..
tapi, klu xtau..
jangan bagi ajaran sesat lop..
satu je pesanan saye kat diorang..
"saye pernah ade pengalaman berangkat..
n berangkat ni taklah seindah mane..
setakat manelah boleh tahan hubungan angkat ni..
last2 buang mase je..
klu nak sangat berangkat 2..
ikut awaklah coz ye xberi kebaikan mane pun..
mungkin awak2 ni ade yang bongsu n nak adik..
mungkin jugop anok sulong, xde kakak..
atas korang coz hukum berangkat ni banyak pendapat..
ambillah yang baik untuk awak2 sume.."
kemudian adelah sorang adik usrah saye kasi tau..
k.aisyah2, saye minat dengan k.????..
saye dah lame tau adik usrah saye minat k.???? coz 2 member saye, merangkap ahli bilik saye..
klu duk malam2 mai bilik cari k.????, mmm..nape lagi, ish9..
pah2 saye kembali tanye adik usrah saye..
bakpe awak minat k.????..
agak kelakarlah jawapannye..
saye tau member saye tu glamour coz suke langgar peraturan asrama(xlah teruk sangat, bese2), lagaknye agak ganas(kelelakian) tapi baik hati, gaye rambut agak pendek..
tapi kelakarlah coz adik usrah tu minat coz sebab2 diatas..
aduhlah, klu sebab minat sebab kebaikan xpe jugap..
tapi, janganlah minat mende2 yang xpatut tu..

............................................................................................
dipendekkan cerite, member saye layan xlayan je..
i know her..
ye ne minat angkat berangkat ni..
hehehe..
kasihan ade juge saye tengok tapi 2lah sebaik2nye..
elakkan berangkat, pepe boleh jadi dalam hubungan sementara ni..
sebaiknye, bersahabatlah lebih baik walaupun xsame usia..
>>>>>>>>>>>macamne?????

Hukum Adik Angkat Masalah keluarga angkat ini sebenarnya telahpun berlaku di dalam sirah Nabi kita dan para sahabat. Baginda sendiri pernah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat Baginda dan ianya dibenarkan oleh Islam. Dalam masalah adik angkat abang angkat pula bolehlah kita berdalilkan apa yang telah Baginda Rasulullah lakukan ketika sampainya Baginda ke Madinah iaitu peristiwa mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar yang mana mereka dipersaudarakan seperti adik beradik sehingga mereka boleh mewarisi harta saudaranya itu ( sekarang telah dinasakhkan hukum waris tersebut ). Oleh itu, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita melaksanakan persaudaraan itu mengikut batas-batas Islam tetapi bagi masalah berangkat antara lelaki dan perempuan pula ianya tidak pernah timbul dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Malahan kalau dilihat di zaman sekarang, ianya telah menyimpang jauh dari batasan-batasan pergaulan yang diajar oleh Al-Quran dan juga Nabi kita S.A.W. Islam hanya membenarkan ikatan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya ialah dengan ikatan pernikahan sahaja. Selain daripada itu Islam tidak pernah benarkan mana-mana ikatan. Tiada hak seseorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dia mengambil berat tentang wanita tersebut melainkan dengan ikatan perkahwinan. WalLaahua`lam.

.....................................................................................................................................

ish2....xdela istilah abang/adik/kakak angkat ni..bid'ah smua 2..illa/kecuali ayah or ank angkat je y ada.. cth cm Nabi ngn ank angkatnya Zaid bin Harithah....

.....................................................................................................................................

berhati2 apabila berhukum, jangan mudah2 terus mengatakan bid'ah. Bayi Tabung Uji pun tiada pada zaman rasuluLLah - ingat tu! Bila RasuluLLah dah menunjukkan contohnya, iaitu baginda sendiri menjadi ayah angkat, bermakna anaknya Fatimah sudah menjadi kakak angkat juga. Cumanya adik, kakak, abang, ayah, ibu angkat yang tiada kena mengena dengan pertalian darah maka ia tidak mendapat apa2 dalam perwarisan harta. Di dalam sirah RasuluLLah sendiri ada mempersaudarakan di antara muhajirin dan ansor. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat - semua ini hanya merupakan istilah yang sebenarnya menunjukkan perhubungan yang lebih rapat dari orang lain. Atas tujuan apa untuk mengambil adik, abang, kakak? Kendian dilihat dari segi perhubungan jika sesama jenis tiada masalah besar yang timbul, jika berlainan jenis - banyak perkara perlu diperhatikan agar tahu batasan yang dibenarkan syarak. Masalah yang biasanya timbul apabila yang lelaki mengambil wanita yang bukan mahram sebagai ahli angkatnya dan sebaliknya. Kemudian dengan menggunakan 'lesen' ini, mereka menghalalkan pergaulan seolah-olah tiada batasannya di dalam Islam.

.....................................................................................................................................
terdetik nak post entry macamni coz terngat sahabat saye yang terperangkap dalam dunia berangkat ni..
*semoga Allah kasi jalan yang terbaik buat sahabat ni..
*semoga Allah permudahkan segala urusan baginye..
....same2 kite muhasabah diri..

Friday, January 28, 2011

..jom kawan bia beribu..

.......>>>>Selalu kita dengar,‘Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu’. Sudah jadi fitrah tiap manusia, suka mempunyai kawan yang ramai. Eh..kenapa berkawan je boleh beribu. Apa kata kalau berkasih pun beribu-ribu? Oppss… rasanya kalau berkasih pun beribu mahu jadi Perang Dunia Ke Sebelas jadinya!

Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa berharganya memiliki kawan yang sejati. Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang.

Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kita juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita...

Jom kita renungkah sama ada kita telah menjadi sahabat yang baik………..

Ø Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.

Ø Utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.

Ø Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.

Ø Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

Ø Memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika

Ø Merasa gembira dengan kegembiraannya dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah.

Ø Tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Ø Memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya.

Ø Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.

Ø Tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu.

Ø Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah.

Ø Sentiasa mendoakannya

Ø dan bersedih dengan kesusahannya.

Ø Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.

Ø Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia tertekan.

Ø Berterima kasih atas kebaikannya.

................sahabat yang baik umpama mutiara, kerna mutiara sukar didapati dimana2..mahal perhubungannye xdapat dibeli dengan wang berjuta2..jika dah dapat, hargailah die coz die sahabat kite....................................................................

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah
banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Sunday, January 16, 2011

..keNApa SOLAT pEnTiNg..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), ‘kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.‘Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musatadi.Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.

Tak gamakkan?Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buatkerja-kerja yang baik.Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umatIslam), ‘As-solah as Solah wa amalakat aimanukum’. Maknanya, ‘Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu’. ~ _._ ~

Sahabatku, jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika aku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok aku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya….

Friday, January 14, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

adaptasi dari fb..

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Tuesday, January 11, 2011

..hikmah berbakti kepada bonda..

diadaptasikan dari blog pencacai semalaysia..klik sini

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya.

Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.


"Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.


"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.


"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.


"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.


"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.


"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."


"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"


"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.


"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam.


" Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Sunday, January 9, 2011

..Kenapa Umat tak hargai ISLAM??..


"Ameen! Mari sini, nak!"
panggil Ruslan.
Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.
"Kenapa, ayah?" tanyanya.
"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.
"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.


"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,
"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!"
Ameen ternyata sangat terkejut.

Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.
"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

***

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu?
Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.

Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.

Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.


Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:

قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ

Ditanya orang akan Rasulullah SAW,

" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan."
(Hadis Riwayat Bukhari)

copy paste dari blog seorang hamba Allah..tq