SARJANA MUDA BAHASA ARAB DENGAN PENDIDIKAN
Nama Kurusu: Bahasa Arab dengan Pendidikan
Kod: AT49
Penawaran program ini bertujuan untuk melatih bakal graduan dengan Pendidikan Bahasa Arab dalam 3 aspek utama iaitu aspek kognitif (teori, kaedah dan teknik), aspek kemahiran (komunikasi, pengajaran dan aplikasi ICT) dan aspek sikap dan nilai. Pengajian ini merangkumi kajian tentang aspek linguistik, kemahiran menulis, kemahiran komunikasi, tatabahasa, morfologi, leksikografi, terjemahan Arab-Melayu, kebudayaan Arab, fonetik dan fonologi, retorik, serta pengkajian tentang al-Quran dan Hadith. Kaedah pengajaran bahasa Arab, sejarah bahasa Arab, kemahiran ICT bahasa Arab dan penyelidikan bahasa Arab turut didedahkan kepada bakal graduan. Program ini mampu melahirkan ahli-ahli Bahasa Arab yang mempunyai jiwa dan kewibawaan seorang pendidik.
8 semester
- KURSUS
- Linguistik Am Arab
- Maharat al-Kitabah
- Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah
- Al-Sarf al-‘Arabi
- Al-Madkhal ila al-Nahw al-‘Arabi
- Al-Nahw al-‘Arabi al-Wasit
- Kebudayaan dan Kesusasteraan Arab
- Al-Balaghah
- Aplikasi Terjemahan Arab-Melayu
- Fonetik dan Fonologi Arab
- Al-Sarf al-‘Arabi al-Mutaqaddim
- Prinsip Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing
- al-Nahw al-‘Arabi al-Mutaqaddim
- Leksikografi Arab
- Balaghah Al-Qur’an dan Al-Hadith
- Kitabah al-Bahsi al-Ilmi
- Asas Terjemahan: Teori dan Amali
- Kesusasteraan dalam Kebudayaan Islam
- Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus
- Kajian Antara Budaya Arab-Melayu-Islam
- Adab al-Rihlah
- Pengajaran Bahasa Arab Berbantukan Komputer
- Manahijul Bahsi
- Bahasa Arab untuk Pengajian Islam
Syarat Kemasukan:
LEPASAN STPM / STAM / DIPLOMA
Mendapat sekurang-kurangnya gred B (NGMP 3.00) dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:
- Syariah; dan
- Usuluddin
Mendapat sekurang-kurangnya 6C dalam mata pelajaran Bahasa Arab pada peringkat SPM;
atauMendapat sekurang-kurangnya tahap ‘Jayyid’ dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat STAM:
- Insya’ dan Mutala’ah, dan
- Nahu dan Sarf;
Mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi pada peringkat SPM;
atauMemiliki Diploma dalam bidang Pengajian Islam / Dakwah / Syariah / Usuluddin / Al-Quran dan Al-Sunnah / Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / Tasawwur Islam / Bahasa Arab atau bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.50;
danLulus ujian MEdSI dan Temu duga yang ditetapkan
Maklumat Lanjut:
Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak, Malaysia.
Tel : +605-450 5347/5349/5350
Faks: +605-4583603








No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.