BAGAIMANA ALAM INI BERMULA
Alam adalah sebuah keajaiban dan banyak misteri. Cuba anda renung dan fikirkan. Diri anda, langit, bumi dan alam. Dapatkah akal memberi jawapan tentang kehidupan. Tentang bagaimana manusia datang, apakah tujuan sebenar kehidupan manusia dan ke manakah akhirnya perjalanan kehidupan manusia itu.
UNSUR-UNSUR KEJADIAN MANUSIA
Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.
Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya sehinggalah berlakunya kelahiran.
sebaris tinta kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa, kadangkala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan cabaran..sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan, wanauzubillahiminzalik..kehidupan itu adalah satu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.. SELAMAT MENJADI KHALIFAH YANG BEREBUT DALAM MENCARI CINTA ILLAHI YANG KEKAL
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-
Thursday, November 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.