..sedang mencari..

Daisypath c.a.y solehah

Daisypath Friendship tickers
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-

Sunday, December 26, 2010

..Terdidik Dengan Tembikai..


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebijitembikai. Kemudian dia membawatembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikaiitu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

p/s: setiap ciptaan Allah boleh menjadi sebab ke atas seseorang untuk mendapat hidayah-Nya.

2 comments:

  1. salam..nice sharing n tazkirah..smoga thabat dlm dakwah di alam maya..insyaAlla, amiin

    ReplyDelete
  2. wassalam..
    thanz n insyaAllah, same2 r berdakwah dalam dunia blog ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.