.......>>>>Selalu kita dengar,‘Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu’. Sudah jadi fitrah tiap manusia, suka mempunyai kawan yang ramai. Eh..kenapa berkawan je boleh beribu. Apa kata kalau berkasih pun beribu-ribu? Oppss… rasanya kalau berkasih pun beribu mahu jadi Perang Dunia Ke Sebelas jadinya!
Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa berharganya memiliki kawan yang sejati. Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang.
Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kita juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita...
Jom kita renungkah sama ada kita telah menjadi sahabat yang baik………..
Ø Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.
Ø Utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.
Ø Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.
Ø Menyembunyikan segala rahsia sahabat.
Ø Memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika
Ø Merasa gembira dengan kegembiraannya dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah.
Ø Tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Ø Memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya.
Ø Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.
Ø Tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu.
Ø Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah.
Ø Sentiasa mendoakannya
Ø dan bersedih dengan kesusahannya.
Ø Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.
Ø Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia tertekan.
Ø Berterima kasih atas kebaikannya.
................sahabat yang baik umpama mutiara, kerna mutiara sukar didapati dimana2..mahal perhubungannye xdapat dibeli dengan wang berjuta2..jika dah dapat, hargailah die coz die sahabat kite....................................................................
Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah
banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM








salam..tajuk lagu ni ape ea???
ReplyDeletewassalam..
ReplyDelete......tajuk lagu ni dilema cinta ilahi
kumpulan forheart..:)