..sedang mencari..

Daisypath c.a.y solehah

Daisypath Friendship tickers
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'ANA-

Friday, March 18, 2011

..persahabatan yang terjalin..

>>tidak semua orang mampu mengekalkan persahabatan mereka. ada yang hanya mampu bertahan selama beberapa minggu sahaja. ada yang hanya mampu bertahan selama beberapa bulan sahaja..
tidak kurang juga yang hanya mampu bertahan selama beberapa tahun..begitulah adat sesebuah persahabatn..
yang penting ialah kepandaian seseorang untk mengemudi persahabatan yang telah termeterai..

~proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya..
~kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerna tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis..

i miss my frenzzz so much..
hehehe..
jom kita lapangkan masa dengan bace al-kisah2 dibawah..
...........................................................

so, jom kita dengar al-kisah 1..

orang perempuan..
Suatu hari, seorang polis trafik bermotosikal ternampak sebuah kereta yang tidak berhenti pada lampu merah dan dipandu agak laju. Maka anggota polis berkenaan pun mengejar kereta berkenaan sambil membunyikan siren. Lama juga pengejaran berkenaan sehinggakan polis berkenaan "flashing" lampunya pun kereta berkenaan masih tidak berhenti.

Kerana tak tahan sabar lagi, polis berkenaan memintas kereta berkenaan dan berjaya memberhentikannya. Apabila kereta dihampiri, didapati pemandunya ialah seorang wanita.

Polis itu bertanya, "Puan..."
Wanita itu memintas, "Nama saya Datin Markonaz..."
"OK... Datin... Datin ni memandu tak tengok cermin pandang belakang ke?"
"Kenapa? I punya make-up comot ke?"

al-kisah 2..

dialog 2 hantu..
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

al-kisah 3..

cerite doktor pakar..
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.

"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.

"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...

2 comments:

  1. pmbawaan kisah yg mmpunyai makna dan pngjrnnya utk direnung,mga brmnfaat~

    ReplyDelete
  2. hazwan>>insyaAllah..sekadar bahan bacaan yang tak formal, moga bermanfaat:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.